Hadis Daif

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/125/Bahas_tentang_Hadis_Daif_Lemah

Ulama berbeza nilaian tentang hadis sahih dan daif. Tiada piawaian dalam menilai status hadith. Imam Bukhari dan Muslim juga berbeza pendapat dan tidak seragam dalam menilai hadith.

Jangan pinggirkan hadith kerana sanad (pembawanya) lemah. Hadis dijamin oleh Allah walaupun Daif:

An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

An-Najm [4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Hadis Daif lebih baik dari akal.

Artikel tentang golongan anti hadith-daif:

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=1

http://al-subki.com/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=90&Itemid=1

Juga artikel dari al-ahkam: BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44452

Dikirim dalam Hadith. 1 Comment »

Bidaah

Dari:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/156/Bidaah 

Jangan cepat menghukum Bidaah kerana Bidaah boleh membawa ke neraka.

Nilaian Bidaah berbeza antara satu ulama dengan ulama yang lain.

Tiap-tiap sesuatu (perkara agama) yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak..Kitab Nibras, kitab akidah.

Tidak semestinya apa yang Nabi tidak buat itu Bidaah.

Sekiranya tidak ada larangan dari Nabi, jangan hukum perkara itu Bidaah. Misalnya tiada larangan dari Nabi tentang baca Yassin pada Malam Jumaat.

Dikirim dalam Bidaah. 2 Comments »

Soal jawab tentang Nisfu Syaaban

Audio:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/193/Nisfu_Syaaban

Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban?

Bidaahkah membaca Yasin 3 kali?

Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?

Apa keistimewaan malam Nisfu Syaaban?

Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?

Dikirim dalam Syaaban. Leave a Comment »

Pakaian

Pakaian adalah keperluan asas sesebuah kerajaan atau negara Islam selain makanan dan tempat tinggal. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Musibah

Bila aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hambanya samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Riwayat Muslim, Hadis qudsi sahih)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan redha, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Sakaratul Maut

Rasulullah s.a.w. bersabda, apabila salah seorang daripada kamu apabila hendak meninggal dunia, hendaklah ia mempunyai keyakinan yang baik terhadap Allah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Mati. 2 Comments »

Neraka Jahanam untuk Kafir

Al-Kahfi [102] Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu. Baca baki entri ini »

Syed Muhyiddeen – wali yang sangat cintakan Allah

Dikirim dalam Kisah wali. 2 Comments »

BULAN REJAB MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 

PENGENALAN

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: –

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

2. Tanggal 27hb Rejab berlakunya peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu Isra’ dan Mi’raj. Terdapat khilaf di kalangan ulama’ mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulama’ bersepakat menerima ianya berlaku pada 27hb Rejab. Tarikh berlakunya Isra’ dan Mi’raj tidaklah penting tetapi umat Islam wajib meyakini bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku ke atas tubuh mulia Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis-hadis sahih.

3. Pada bulan ini juga berlakunya peperangan Tabuk pada tahun 9 Hijrah iaitu peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

Baca baki entri ini »

LARANGAN ISBAL – JUBAH, KAIN DAN SELUAR YANG LABUH MELEBIHI BUKU LALI KETIKA SOLAT

Di antara kesalahan yang berlaku ketika solat ialah memakai jubah, kain atau seluar yang labuh melebihi buku lali. Sebahagian daripada kita melihat perkara ini kecil dan remeh-temeh. Sama ada mereka sedar atau tidak perbuatan mereka telah bertentangan dengan hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah (sallallahu‘alaihi wasallam). Sebahagian yang lain berpendapat ia perkara khilaf yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Beberapa pandangan dan fatwa yang dikeluarkan oleh para ‘ulama masa kini yang menganggap ia dibolehkan dengan alasan tidak sombong menyebabkan hadis-hadis Nabi (sallallahu‘alaihi wasallam) ini telah disalah faham dengan cara yang betul. Kita ingin ingatkan bahawa pandangan yang sedemikian bertentangan dengan pandangan imam-imam mujtahid dari empat mazhab termasuk imam as-Syafi’i (rahimahullah) sendiri dan juga dari ulama’-ulama’ hadis dari golongan salafussoleh yang lebih wara’, yang lebih cenderung ke akhirat dan takut kepada Allah dan Rasul yang telah melarang Isbal dari awal-awal lagi. Baca baki entri ini »

ZIKIR DAN WIRID SELEPAS SOLAT

zikir.jpg

Bagaimanakah cara berzikir dan berwirid selepas solat menurut as-Sunnah? Kebiasaannya, masyarakat kita hari ini hanya mengikut amalan yang kita warisi dari orang-orang terdahulu dan kita tidak pernah bertanya dari mana sumbernya. Masyarakat kita juga sering berfikir bahawa asalkan amalan tersebut nampak baik maka tidak ada salah ianya dilakukan. Namun begitu, elok juga kita melihat beberapa dalil dan pandangan para ulama’ mengenai isu ini bagi tujuan menilai semula amalan kita sama ada ia benar-benar menepati maksud al-Qur’an dan hadis Rasulullah (sallahu’alaihi wasallam). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wirid, Zikir. 5 Comments »