Puasa dan solat Jumaat semasa HariRaya

Apakah hukum puasa pada Hari Raya?

  • Dalam Islam, 5 hari setahun dilarang puasa iaitu 1 hari Hariraya Aidilfitri dan 4 hari Hariraya Aidiladha. Puasa pada hari raya sah disisi mazhab Hanafi namun berdosa. Disisi mazhab Syafie tidak sah.

Apakah Hukum sembahyang HariRaya?

  • Wajib disisi mazhab Hanafi. Sunat disisi mazhab lain (Syafie, Hambali, Maliki).

 

Wajibkah sembahyang Jumaat pada Hari Raya?

  • Mazhab Hanafi tidak wajib sembahyang Jumaat (dikecualikan) pada Hari Raya kerana sudah ada 2 khutbah dalam sembahyang Raya. Cuma perlu Sembahyang Zohor. Mazhab lain wajib.

Bagaimana cara sambutan hari raya?

  • Sembahyang hari raya dan bertakbir. Cantikkan hari raya dengan bertakbir.
  • Bermaaf-maafan antara satu sama lain. Mengikut mazhab Syafie kena diceritakan satu persatu kesalahan yang diminta maaf. Disisi mazhab Hanafi kesalahan tidak perlu diceritakan kerana bimbang tidak dimaafkan.
  • Ziarah-menziarahi antara satu sama lain.
Advertisements
Dikirim dalam Puasa. Leave a Comment »

Memberi makan orang berpuasa

Rasulullah s.a.w bersabda “Orang yang memberi makan dan bersyukur kepada Allah, tarafnya sama dengan orang yang berpuasa. Baca baki entri ini »

Puasa untuk Aku, Aku balasnya, perisai neraka

Dari Abu Hurairah, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Semua amalan bani adam untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada yang mencercanya atau memeranginya maka ucapkanlah :Aku sedang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Azza wa Jalla dari pada bau misk, orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim). Baca baki entri ini »

Kelebihan Ramadhan

Ulangkaji Puasa Ramadhan

Perkara makruh dalam sembahyang

Siti Aisyah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, Kata Siti Aisyah r.a., Aku bertanya kepada Rasulullah tentang berpaling muka dalam sembahyang. Maka kata Rasulullah itu adalah satu pencurian Syaitan dari sembahyang seseorang. (Riwayat Bukhari Muslim)

Audio:http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/208/Perkara-perkara_Makruh_Dalam_Sembahyang

Baca baki entri ini »