Audio Kuliah akhir Ramadhan

Ceramah di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati pada 5/10/2007:

http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/240/Kuliah_akhir_Ramadhan

Membincangkan:

– Zakat Fitrah

– Malam Qadar / lailatulqadar

– Takbir hari raya dan sembahyang hari raya

Advertisements

Zakat Firah, Sembahyang dan Takbir Hari Raya

Zakat Fitrah

Bayarlah zakat fitrah untuk menampung kekurangan ibadat puasa kita dan “accident” kita.(seperti melihat perempuan, tv). Zakat fitrah itu memberi kekuatan untuk ibadat itu naik ke langit dan dipersembahkan kepada ALLAH. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas yang menyebut; “Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin”. (Riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim)

Bayarlah mengikut kemampuan..bayar lebih kalau kita orang berada kerana kadar yang ditetapkan oleh pejabat agama adalah mengikut purata.Contohnya kalau kadar zakat Rm4.70 dan kita duduk rumah banglo, makan beras basmati bayarlah RM5 atau lebih. Zakat fitrah afdal dibayar dipagi raya sebelum solat hariraya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya. Dizaman Rasulullah s.a.w., zakat fitrah terus diagihkan kepada orang miskin selepas Sembahyang Hari Raya.

Jika dibayar selepas solat hariraya pun masih sah cuma pahalanya seperti pahala sedekah sahaja. Elok juga bayar awal untuk mengelakkan kesesakan dan lambat sembahyang hari raya. Dari Ibn Abbas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah,  untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin,  oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain (Riwayat Abu Daud).

Sembahyang hariraya.

Boleh dilakukan mulai selepas naik matahari dan berakhir pada waktu zohor mengikut persetujuan ramai. Kalau ramai orang membayar fitrah pada pagi itu , ia boleh dilewatkan, tidak semestinya pukul 8, asalkan sebelum zohor. Dari segi hukum, semua mazhab sunat (kerana Nabi tidak pernah mewajibkan) kecuali mazhab Hanafi yang mewajibkan(kerana Nabi tidak pernah tinggal). Kalau kita niat sunat dapat pahala sunat, niat fardhu dapat pahala fardhu.Terpulanglah.

Selepas solat hariraya FITRAH, kita akan diampunkan dosa dan kembali kepada fitrah(asal kita yang tidak berdosa) INSHAALLAH sekiranya disiplin puasa kita jaga dan zakat fitrah kita tunaikan.

Takbir Hari Raya

Bagi HariRaya AidilFitri, hanya boleh bertakbir selama 5 waktu sahaja. Misalnya mulai selepas Maghrib, diikuti Isya’, Subuh, Zohor hingga selepas Asar sahaja. Manakala takbir Hai Raya AidilAdha boleh dilakukan selama 4 hari.

Takbir Sembahyang Hari Raya

7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua mengikut mazhab Syafie. Manakala mazhab Hanafi melakukan 3 takbir pada setiap rakaat. Ada juga mazhab yang tidak mengangkat tangan semasa takbir, jadi jangan pula ingat mereka ini salah. Sembahyang juga masih sah sekiranya tidak dibaca apa-apa diantara takbir.

Dikirim dalam Puasa, Ramadhan. 9 Comments »