Baitullah akan disyahidkan oleh seorang Habsyi

Di akhir zaman, apabila sampai masanya Baitullah akan disyahidkan oleh seorang Habsyi. Orangnya kurus hingga boleh dibilang tulang rusuknya, tempang, berjalan terhoyong-hayang, bibir mulut tebal dan kepala besar.

Semua batu Baitullah dicabut dan di buang ke Laut Jeddah. Pada zaman ini orang Islam sudah tiada dan semuanya dimatikan.

Baitullah ialah hati dunia. Seperti hati manusia, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Begitulah juga dunia ini.

Dulu Abrahah yang pernah ingin menyerang Kaabah juga seorang Habsyi, beragama Kristian datang dengan tentera bergajah. Mereka berlabuh di Yaman, mencuri lembu untuk dijadikan makanan mereka. Disuruh askarnya mencuri unta di Mekah milik Abdul Mutallib, datuk Rasulullah s.a.w. dan dibawa balik ke Yaman. Abdul Mutallib yang merupakan penghulu pada masa itu telah pergi berjumpa Abrahah bertanyakan tentang untanya yang hilang.

Abrahah berkata “ Tidakkah kamu susah hati dengan kedatanganku untuk memusnahkan Baitullah yang dibina datuk moyang kamu? Maka jawab Abdul Mutallib “Aku tidak risau kerana Baitullah ada pemiliknya yang akan menjaganya. Unta itu milik aku, sudah tentu aku susah hati.”

Abrahah pun marah dan berkata “Beritahu tuannya, aku akan musnahkan Baitullah

Setelah Abdul Mutallib pulang dan menceritakan hal tersebut kepada kaumnya (quraisy), mereka bimbang dan bertanya apa yang harus dilakukan. Lalu jawab Abdul Mutallib ‘ Kita nak buat macam mana, mereka ada tentera dan gajah, serahlah kepada tuan Kaabah. Kita berlindung sahaja dibalik bukit.

Sampai masanya, tentera Abrahah pergi ke Mekah dari Yaman. Kaum Quraisy berlindung dibalik bukit. Setelah lama menunggu, tentera Abahah tidak kunjung tiba. Lalu dihantar risikan untuk melihat apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya tentera Abrahah telah bergelimpangan mati. Abrahah menderita sebelum mati, badannya pecah-pecah.

Tuan Kaabah telah menghantar burung Ababil yang lebih kecil dari burung layang-layang. Burung iu membawa batu dari neraka dikakinya dan dijatuhkan ke atas tentera bergajah. Apapun Allah s.w.t. yang memusnahkan tentera Abrahah, burung itu hanya sabit sahaja.

Al-Fil [1] Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2] Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3] Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;

[4] Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;

[5] Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Advertisements
Dikirim dalam Kiamat. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: