Orang terakhir masuk syurga

Ada seorang yang lama tinggal di neraka, antara yang terakhir dibebaskan dari neraka. Seperti mana orang yang dipenjarakan, tiba masanya akan dibebaskan. Beliau kemudiannya telah diarahkan masuk ke Syurga. Beliau fikir sudah tidak ada apa lagi si syurga, katanya:

Apa lagi yang tinggal dalam Syurga? Orang lain dah berjuta tahun di sana.

Jawab Allah:

Kalau kamu setuju, kamu buatlah cadangan dalam hati kamu apa, apa yang kamu mahu. Tidak perlu bagitau. (kerana Allah sudah tahu apa yang difikirkan)

Kemudian beliau membayangkan apa yang diingininya. Setelah selesai membayangkan apa yang diingininya, Allah berkata:

Aku bagi apa yang kamu mahu dan aku tambah satu kali ganda lagi dari apa yang kamu fikir. Setuju?

Maka setujulah orang tadi dan masuklah beliau ke dalam syurga. Sudah lama Allah menawarkan tawaran untuk masuk ke dalam syurga, diceritakan dalam quran:

Al-Hijr [46] (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.

Dikirim dalam Syurga. 6 Comments »

6 Respons to “Orang terakhir masuk syurga”

  1. coco30178 Says:

    Bole jelaskan lebih lanjut tentang jamak takdim & ta’khir? Bagaimana bacaan niatnya?

    • sulaiman Says:

      Jamak itu himpun 2 sembahyang (samada Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak).

      Jamak takdim itu himpun 2 sembahyang dalam waktu sembahyang yang pertama.

      Jamak ta’khir itu himpun 2 sembahyang dalam waktu sembahyang yang kedua.

      Niat dalam hati, dalam bahasa melayu pun boleh, misalnya:
      “Aku himpun sembahyang zohor dan asar dalam waktu zohor/asar kerana Allah taala”
      “Aku himpun sembahyang maghrib dan isyak dalam waktu maghrib/isyak kerana Allah taala”

      • coco30178 Says:

        Terima kasih atas penjelasan tuan. Saya masih ada soalan berkenaan solat Jamak. Bagaimana sekiranya kita dalam perjalanan kapalterbang yg mengambil waktu maghrib, isya’ & subuh? bagaimana & apa yg harus saya lakukan? Terima Kasih.

  2. coco30178 Says:

    Sambungan, solat jamak bagi zuhur & asar telah dilakukan terdahulu.

  3. sulaiman Says:

    Boleh lakukan sembahyang menghormati waktu semasa dalam kapalterbang. Sembahyang seperti biasa dalam waktunya, cuma dalam keadaan duduk dan tidak perlu berwuduk…Apabila tiba di destinasi qadha (ganti) semua sembahyang tadi..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: