Kemusykilan Sembahyang Jumaat 2

Ada pendapat yang mengatakan jika hendak bermusafir pada hari Jumaat, hendaklah keluar sebelum subuh untuk bermusafir.

Syarat ini timbul kerana bimbang tidak cukup bilangan 40 jemaah yang terdiri dari penduduk tempatan. Jika ia keluar juga dan tidak cukup jemaah 40 orang berdosa dalam mazhab Syafie sahaja, tidak berdosa dalam mazhab lain. Yang muktamadnya berdosa jika semua 4 mazhab kata berdosa. (dalam kes ini cuma mazhab Syafie)

40 ORANG PENDUDUK TEMPATAN

Mazhab Syafie mensyaratkan 40 orang bermukim (mulanya 12 orang, sebelum beliau ke Mesir dan bertemu hadis tentang 40 orang jemaah). Bilangan 40 itu pula hendaklah daripada kalangan penduduk tempatan (ahli qaryah ) yang mukallaf, merdeka dan lelaki yang tinggal menetap di situ.

Soalnya adakah penduduk tetap di masjid-masjid seperti Masjid Negara, Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, masjid KL? Kebanyakan yang sembahyang di tengah-tengah bandar ini bukanlah penduduk tempatan, sebaliknya mereka yang berulang-alik dan bekerja di situ. Dalam kes ini, ulama mazhab Syafie menggunakan mazhab lain dan membenarkan sembahyang di tengah bandar walaupun tanpa orang tempatan.

Mazhab Syafie wajib sembahyang Jumaat ke atas orang tempatan. Mazhab lain wajib sembahyang Jumaat ke atas orang yang tidak musafir.

Begitu juga syarat dalam mazhab Syafie yang menetapkan jarak antara masjid sejauh 2 batu dan juga satu masjid untuk satu mukim. Di Kuala Lumpur misalnya jarak antara Majid Jamek dan Masijd India tidak sampai 2 batu. Begitu juga Masjid Tabung Haji dan masjid KLCC. Maka dalam kes-kes begini, kaedah Imam Syafie itu tidak berapa sesuai untuk dipakai dalam situasi sekarang.

PENDAPAT MAZHAB LAIN

Mazhab lain pula hanya mensyaratkan 3-4 orang jemaah sahaja. Ini berdasarkan apa yang berlaku pada Nabi s.a.w., pada suatu hari Jumaat, sedang membaca khutbah secara berdiri, tiba-tiba sampailah unta yang membawa barang perniagaan dari Syam, lalu orang ramai berkerumun kepadanya hingga tinggal 3-4 orang lelaki sahaja (yang mendengar khutbah), maka turunlah ayat ini mengenai sembahyang Jumaat yang bermaksud:

Jumuah [11] Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah)…..

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: