Kelebihan masjid dan Baitullah

Masjid itu rumah Allah. Kaabah juga rumah Allah, tempat kiblat hambaNya membuat ibadah dan tempat turun rahmatnya.

Sabda Nabi s.a.w.

Allah menjanjikan setiap tahun 600 ribu orang akan melakukan haji di rumah ini (Kaabah). Maka jika kurang (bilangannya), ia akan dicukupkan oleh Allah dengan malaikat………..”

Dalam hadith yang lain dikatakan:

setiap waktu akan ada 80 ribu orang sembahyang jemaah di Masjidil Haram. Jika kurang (bilangannya), ia akan dicukupkan oleh Allah dengan malaikat yang berupa manusia.

Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji dari sumber yang halal.

Siapa buat haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur.

Jika ada hutang, selesaikan atau minta izin pemberi hutang dahulu atau cari “guarantor” yang boleh menyelesaikan hutang jika berlaku sesuatu. Hutang itu hak manusia, haji hak Allah jika ada kemampuan dari segi kewangan yang melebihi keperluan. Sempurnakan dulu hak manusia dan keluarkan zakat simpanan dari duit yang disimpan.

Dari 600 ribu orang yang buat haji, kadang-kadang hanya 6 orang yang sempurna hajinya. Yang lain hanya menumpang haji mereka yang 6 ini. Salah satu dari 6 orang ini tidak sempat pergi haji tapi diterima juga haji nya. Orang ini telah membuat persiapan haji dan telah keluar dari rumahnya serta berniat haji. Tiba-tiba datang seorang miskin berjumpanya minta didoakan di Mekah agar 3 anak perempuannya dapat berkahwin. Mendengarkan cerita orang miskin ini, orang yang hendak keluar mengerjakan haji itu membatalkan hasratnya untuk pergi haji dan memberi wang kepada orang miskin itu untuk mengahwinkan anaknya. Walaupun begitu, Allah telah terima hajinya disebabkan dia telah berniat haji dan keluar dari rumahnya. Begitulah Allah membalas keikhlasannya membantu orang miskin mengahwinkan anak-anak perempuannya.

Advertisements
Dikirim dalam Fadhilat, Haji, Masjid. 2 Comments »

2 Respons to “Kelebihan masjid dan Baitullah”

  1. nana Says:

    saya berusia 27 thn, suami 31 thn mempunyai seorang anak 1.5thn. sy terbuka hati untuk mengumpul duit dan melakukan umrah bagi menyucikan diri dan mengharap pulang diberikan hidayah untuk terus beramal. tetapi saya mempunyai hutang yg masih belum diselesaikan, kewangan zaman skrg mmg tinggi untuk langsaikan hutang tersebut, mungkin ustaz boleh nasihatkan

    • sulaiman Says:

      Jika ada hutang, selesaikan atau minta izin daripada pemberi hutang terlebih dahulu atau cari “guarantor” yang boleh menyelesaikan hutang jika berlaku sesuatu.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: