Subhanallah wabihamdihi

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam zikir yang lain pula:

……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah)

Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.

“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”

Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia.

Dikirim dalam Hadith, Zikir. 12 Comments »

12 Respons to “Subhanallah wabihamdihi”

  1. awanaaasha Says:

    Assalamualikum ustaz,

    kita digalakkakn berzikir sebanyak mungkin setiap hari untuk ketenangan jiwa dan hati. sekiranya kita berzikir tetapi kita tidak membilang bilangan (contohnya 33 kali, 70 kali atau 100 kali),tetapi hanya berzikir di dlm hati atau mulut tnpa membilang adakah ianya salah..kerana saya ada membaca sebuah artikel yang memberitahu bahawa sekiranya berzikir tanpa mengikut bilangan ketenangan yang di perolehi adalah dari syaitan,saya masih belum jumpa hadis mengenai ini..adakah ianya benar. ? wassalam.

  2. awanaaasha Says:

    assalamualikum ustaz,

    saya ada sertakan artikel/buku tersebut di dlm email donotreply@wordpress.com..

    terima kasih ustaz kerana sudi meluangkan masa menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik ustaz.

    selamat menyambut ramadhan.
    wassalam.

  3. awanaaasha Says:

    assalamualikum,
    boleh x ustaz tnykan hal ini kepada tuan guru kerana saya tidak pernah jumpa hadis mengenai hal ini tetapi cuma disarankan supaya banyak berzikir

    wassalam

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, saya sudah tanya..Katanya tiada dalil seperti itu.

      Ada hadith yang menyebut secara khusus bilangan tertentu zikir, namun tidak salah jika berzikir tanpa mengira bilangannya.

  4. awanaaasha Says:

    diakhir zaman ini banyak orang yang menggunakan Al-Quran dan al-hadis untuk berhujah sebaliknya penafsiran mereka adalah salah dan saya kuatir orang-orang yang kurang ilmu agamanya mudah terpedaya.

    wallahua’lam.

  5. effa Says:

    Bagaimana cara utk bzikir?yg ringkas tapi padat

  6. effa Says:

    Ada zikir hanya dgn myebut allah hu boleh mhapus kan dosa dosa….


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: