Doa apa yang sunat angkat tangan?

Sebulat pendapat 4 mazhab, doa yang sunat diangkat tangan ialah doa selepas sembahyang samada sembahyang fardhu atau sunat. Seperti dalam satu hadis dalam kitab Tirmizi, lebih kurang maksudnya “Kalau kamu sudah (selesai) sembahyang, hendaklah kamu berdoa kepada Allah dengan mengangkat kedua tangan kamu bertentangan muka kamu dengan khusyuk dan tawaduk (merendahkan diri). Kalau kamu tak buat begitu sembahyang kamu tidak sempurna”

Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak memberitahukan kepada kami, Laits bin Saad memberitahukan kepada kami, Abdur Rabbih bin Said memberitahukan kepada kami, dari Imran bin Abi Anas dari Abdullah bin Nafi’ bin Al-Umya’ dari Rabi’ah bin Al-Harits dari Al-Fadhl bin Abbas berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Solat itu dua rakaat-rakaat, terdapat tasyahhud pada tiap dua rakaat dan merendahkan diri, tunduk, menampakkan orang miskin dan kamu mengangkat kedua tanganmu-Rawi berkata: “Kamu mengangkat kedua-duanya memohon kepada Tuhan mu serta menghadapkan mukamu dengan kedua tanganmu yang dalam dan kamu berkata: “Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhanku!, barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka dia begini dan begini (tidak sempurna solatnya.“. Abu Isa berkata: “Selain Ibnul Mubarak berkata tentang hadis ini: “Barangsiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka solatnya kurang.

Manakala doa yang boleh dibaca sambil berjalan tidak sunat mengangkat tangan seperti doa masuk atau keluar tandas, doa selepas azan, doa selepas wuduk, juga doa khatib dalam khutbah jumaat. Cukup sekadar membaca doa itu atau mengaminkan doa yang dibaca.

Mufti Johor juga pernah menulis tentang perkara ini dalam akhbar 16 tahun lalu.

Ini kerana nabi s.a.w tidak menyuruh mengangkat tangan dan baginda sendiri tidak mengangkat tangan semasa doa-doa tersebut dibaca berdasarkan hadith-hadith baginda. Jika sekiranya perbuatan baginda salah maka sudah tentu Allah akan menegur baginda melalui Malaikat Jibril.

Tidak sabit dari mana-mana hadith walaupun hadith daif sekalipun yang menyuruh mengangkat tangan semasa berdoa selain selepas sembahyang. Yang ada ialah doa angkat tangan semasa Rasulullah berdoa minta hujan.

Hadis Anas bin Malik r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha (rumah Umar bin Al-Khattab). Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata: Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah dan jalan-jalan menjadi terputus (iaitu mereka tidak lagi dapat menggunakan unta kerana bimbang unta mereka mati malah boleh mengurangkan binatang ternakan mereka disebabkan cuaca pada ketika itu), oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita.

Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa.… yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami.

Kata Anas: Tidak, demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Di antara kami dengan gunung tidak ada satu pun rumah atau perkampungan (yang menghalangi pandangan kami untuk melihat tanda-tanda akan turunnya hujan). Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. Tidak, demi Allah! Kami tidak melihat matahari sedikit pun.

Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus. (Kali ini kerana terlampau banyak hujan). Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami.

Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa: … yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok. Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari.

Advertisements
Dikirim dalam Doa. 6 Comments »

6 Respons to “Doa apa yang sunat angkat tangan?”

  1. gden Says:

    Tak pernah tahu pn psal ni??xde sape pernah bangkitkan soal ni.ptutla time solat jumaat ade sstengah org x angkat tp sekadar mengaminkan doa khatib.hadis ni da pastikan kesahihan nye ke??

  2. sulaiman Says:

    Hadith ini Tuan Guru Maulana yang sebut. Dia belajar hadith dan mendapat ijazah dari guru-gurunya untuk mengajar hadith. Boleh cari dalam kitab hadith Tirmidzi.

  3. joe781 Says:

    Mengusap Muka Selepas Berdoa

    Kebiasaan masyarakat Islam dewasa ini, setiap kali selesai berdoa
    mereka mengusap (menyapu) muka sebagai penutup doa dan untuk
    mendapat berkat dari doa tersebut. Sebenarnya perbuatan tersebut tidak
    mempunyai dalil yang sahih kerana semua hadis-hadis yang menunjukkan
    menyapu muka setelah selesai berdoa kesemuanya lemah belaka.

    Boleh Terangkan???

  4. sulaiman Says:

    1. Kami akan menjelaskan pendirian kami mengenai isu mengusap/menyapu muka setelah selasai berdoa. Dalam membincangkan perkara seumpama ini, sikap keterbukaan dan berlapang dada amat penting kerana isu-isu seperti ini kerana kadang-kadang mengundang perbahasan yang tiada sudahnya. Perlu diingat, perkara seumpama ini bukanlah perkara rukun, fardhu atau wajib dalam Islam. Ia hanyalah perkara furu’ (cabang) yang sering menjadi perselisihan para ahli ilmu.

    2. Sekurang-kurang terdapat tiga hadis mengenai menyapu muka selepas doa. Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Baihaqi. Ia juga dikeluarkan dalam Mishkat al-Masabih. Ini bermakna hadis-hadis seperti ini mendapat perhatian dan nilaian dari kalangan ulama hadis.

    3. Sebahagian ulama mengatakan hadis-hadis ini adalah hadis gharib dan sebahagian yang lain mengatakannya sanadnya dhaif. Ibn Taimiyah, Izz Abd Salam dan beberapa ulama hadis lain termasuk al-Albani telah mendhaifkan hadis-hadis ini. Alasan kedhaifannnya adalah kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali).

    4. Imam an-Nawawi dalam kitab al-Adhzkar menyebut terdapat 3 pandangan dalam mazhab as-Shafi’i mengenai mengangkat tangan dan menyapu muka semasa berdoa. Ulama Hanafi, menganggap menyapu muka adalah sunnah atau mandub (digalakkan). Hal ini disebut dalam kitab fiqh muktabar mereka iaitu Durr-Muhktar, Radd-Mukhtar, Shurubulaliyya dan Fatawa al-Hindiya.

    5. Menurut kaedah dalam mazhab Hanafi, mereka lebih mengutamakan hadis dhaif berbanding akal (pendapat) melainkan hadis dhaif itu bertentangan dengan hadis yang lebih kuat sanadnya, maka pada ketika itu hadis yang lebih kuat diutamakan. Ulama Hanafi beranggapan bahawa hadis dhaif tetap hadis dan yang dipertikai adalah sanadnya sahaja. Golongan yang menolak hadis dhaif sebagai hujah adalah golongan yang lebih mengutamakan akal (pendapat) daripada hadis dhaif. Ini adalah salah satu di antara sebab banyaknya perselisihan dalam mengeluarkan hukum.

    6. Bagi yang beranggapan menyapu muka selepas selesai berdoa adalah sunnah/mandub, mereka tidak bergantung kepada hadis-hadis di atas semata-mata. Terdapat beberapa riwayat lain yang menyokong hujah mereka.

    7. Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adab al-Mufrad dengan sanad yang baik menurut Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah dalam Thalath Rasail, Ibn Umar (Radiallhu ‘anh) berdoa bersama yang lain-lain. Daripada Wahab, “Aku melihat Ibn Umar dan Ibn al-Zubair berdoa (bersama-sama) dan menyapu muka dengan tangan mereka”. Peristiwa ini berlaku ketika kewafatan Saidina Husain bin Ali semasa pemerintahan Yazid Ibn Muawiyah.

    8. Dalam Musannaf Ibn Abd Razzaq, dari Yahya Ibn Said al-Ansari iaitu qadhi Madinah, bahawa Ibn Umar biasanya berdoa bersama al-Qass dan mereka menyebut bahawa mereka (para tabi’in) yang datang sebelum kami (para Sahabat) akan berdoa dan kemudian menyapu muka supaya mendapatkan keberkatan doa. Al-Qass adalah tabi’i Ubayd Ibn Qatada al-Laythi al-Makki. Sheikh Abu Ghuddah berkata, “Ini adalah bukti yang jelas mengenai amalan menyapu muka dengan kedua tangan selepas mengangkatnya dalam berdoa dan ia merupakan amalan generasi awal.”

    9. Kesimpulannya, isu menyapu muka selepas berdoa’ adalah isu yang dipertikaikan (kontroversial). Seseorang muslim bebas memilih pendapat yang sesuai dengannya.

  5. Tanpa Nama Says:

    Klau doa dlm bahasa melayu boleh ke?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: