3 perkara orang benar-benar beriman

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Sesiapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berbuat baik dan memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam.

1. Buat baik pada jiran

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita dakwa dia atau dia dakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Walaupun jiran kita seorang kafir. Jiran kafir ada 1 hak iaitu hak jiran. Jiran orang islam pula ada 2 hak, hak jiran dan hak muslim. Jiran dari kalangan ahli keluarga pula ada 3 hak, hak keluarga, hak jiran dan hak muslim.  Rasulullah s.a.w bila masak masakan berkuah, diletak air lebih untuk beri kepada jiran, walaupun jirannya orang kafir. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang bermaksud: “Apabila kamu memasak makanan, banyakkanlah kuahnya dan berilah kepada jiran kamu.

2. Menghormati tetamu

Sunnah nabi s.a.w ialah memberi makan apa yang tetamu suka makan. (tanya dia dulu apa makanan kegemarannya) Beli atau masak makanan yang mereka makan. Walaupun tetamu itu musuh kita, layan dia sebaik mungkin. Rezeki mereka tuhan telah letak dalam rumah kita. Tuhan ampuni dosa ahli rumah yang melayan tetamunya dengan baik sekalipun musuh yang sangat dibenci.

Jangan jadi seperti dalam cerita burung dan kura-kura. Satu hari burung ajak kura-kura makan, lalu dihidang makanan dalam botol. (kura-kura tidak noleh makan). Kura-kura pula membalas dendam dengan menghidang makanan dalam pinggan (burung pula tidak boleh makan.)

3. Berkata perkara yang baik atau diam.

Cakap benda yang boleh mendatangkan pahala. Cakap perkara yang benar dan betul sahaja. Jika tidak, lebih baik diam dan tutup mulut. Kata pepatah “diam-diam ubi berisi”.

Advertisements
Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: