Perlukah amal sunnah kecil dan remeh temeh?

remeh.jpg

Kenapa perlu dipertikaikan (bincang dan bahas) tentang sunnah-sunnah kecil seperti …….soal perbuatan angkat takbir tangan dimana?

Jawab:

Tinggal sunnah sesat

Nabi kata siapa yang tinggal sunnahku dia akan sesat. Dalam hadith yang lain orang yang meninggalkan sunnah akan dimalukan di hari akhirat, (walaupun tidak berdosa kerana perkara itu sunat sahaja)

Ikut dapat hidayah

Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Hidayah) mengatakan permulaan hidayah adalah melalui perkara-perkara yang kecil, misalnya seperti sembahyang sunat. Tanpa duit 1 sen tidak akan cukup jumlah 1,000. Kata pepatah luar, Perjalanan yang jauh beribu batu bermula dari satu langkah. Kata pepatah melayu “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Diceritakan oleh ulama terdahulu, Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana perbuatan yang kecil seperti membebaskan burung ciak (berdasarkan mimpi orang-orang soleh). Juga diceritakan tentang Siti Zubaidah, seorang penyanyi yang kaya di masukkan kedalam syurga kerana mendapat keampunan ALLAH (berdasarkan mimpi seorang wali). Keampunan itu bukan kerana jasanya membina terusan (parit) antara Madinah ke Mekah tetapi kerana menghormati azan. Beliau menghentikan nyanyiannya bila tiba waktu azan.

Jangan pula mengejar sunnah yang besar hingga tertinggal sunnah yang kecil, kata pepatah melayu “yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat“.

Kadang-kadang benda yang kita rasa remeh temeh itulah yang ALLAH ambil kira. Jadi jangan anggap benda2 kecik tak perlu buat. Walaupun sekadar sunnah-sunnah kecil, tapi kalau yang kecil itu pun tak terbuat, apalagi sunnah yang “besar-besar”.

Kalau salah pasti Nabi ditegur

Sekiranya perbuatan Nabi s.a.w. tidak menepati kehendak Allah, pasti Baginda ditegur oleh Allah melalui malaikat Jibril.

Soal angkat tangan

Setiap perbuatan Nabi ada hikmahnya. Angkat tangan misalnya memberi isyarat kepada orang pekak bahawa sembahyang telah bermula. Bagi orang buta pula, mereka mendengar lafaz takbir (Allahuakbar). Angkat tangan asalnya budaya orang Arab bagi menafikan sesuatu dan dalam sembahyang menafikan syirik.

Ada 3 cara Nabi angkat tangan seperti di paras bahu, atas sedikit dari bahu dan di cuping telinga. Tidak pada paras dada, lagipun orang tidak nampak kalau Imam angkat takbir pada paras dada.

Walaupun perbuatan mengangkat tangan ketika takbir itu sunat sahaja, kalau hendak buat biarlah tepat dengan sunnah Nabi untuk mendapat pahala (markah) yang tinggi. Jika tidak perbuatan itu sia-sia sahajalah.

Dikirim dalam Sunnah. 4 Comments »

4 Respons to “Perlukah amal sunnah kecil dan remeh temeh?”

  1. abanglan Says:

    “Sayyidina Umar diampunkan dosa kerana perbuatan yang kecil seperti membebaskan burung ciak. Siti Zubaidah, seorang penyanyi yang kaya di masukkan kedalam syurga kerana mendapat keampunan ALLAH. Keampunan itu bukan kerana jasanya membina parit antara Madinah ke Mekah tetapi kerana menghormati azan. Beliau menghentikan nyanyiannya bila tiba waktu azan.”

    Statement di atas begitu tegas hingga kita boleh lah beranggapan di sini Allah telah pun menjanjikan kepada Sayyidina Umar dan Siti Zubaidah keampunan di atas dosa dosa mereka… Walhal sekiranya di baca ayat ayat di dalam Al-Quran yg mana saya kurang pasti (akan di kemukakan kelak bila terluang waktu) diantara lain maksudnya..” benarkah Allah telah berjanji dan sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjinya”. Di dalam hal ini siapakah yg menjanjikan kepada Syidina Omar dan Siti Zubaidah akan keampunan itu?.. adakah ini hanya andaian atau sesuatu yang diada adakan?

    sekian t/k

    Salamun Alaikum

  2. abanglan Says:

    Salam,

    seperti dijanjikan ayat yg dimaksudkan adalah

    Surah Al-Baqarah Ayat 80 “Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja.” Katakanlah: “Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?”.

    Salam

  3. sulaiman Says:

    Ia adalah satu kisah yang diceritakan ulama; Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga.

    Wali Allah tersebut bertanya, “Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?”

    “Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai,” kata Siti Zubaidah

    Juga terdapat kisahnya dalam laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
    http://www.sabah.gov.my/jheains/wanita.htm

    KISAH SITI ZUBAIDAH
    Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya,hobinya suka mendengar muzik.Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang jadi penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan segera memerintah penyanyi dan permuziknya itu berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula,hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

    Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya,tanya mereka, “Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu,adakah kerana kamu telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?” Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan bersyukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan. Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah berfirman,”Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka”

  4. sulaiman Says:

    Banyak lagi kisah-kisah lain yang menceritakan tentang perkara ini seperti :

    Rasulullah pernah mengisahkan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

    Sebaliknya beliau juga pernah mengisahkan bahwa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerena perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

    Sebagai makhluk Allah, binatang pun harus diperlakukan dengan baik. Umar bin Khatab pernah sangat murka melihat seorang yang menyeret seekor kambing dengan kasar. Kata Sayyidina Umar kepada orang itu : Celakalah engkau. Mengapa engkau berlaku kasar seperti itu. Tuntunlah dengan baik dan sembelihlah dengan benar”. Ketika melihat seorang anak kecil sedang mempermainkan seekor burung, Sayyidina Umar segera membeli dan melepaskannya.

    MIMPI BERTEMU SAYYIDINA UMAR
    Setelah Sayyidina Umar wafat, banyak orang bertemu dengannya dalam mimpi. Mereka pun menanyakan keadaan Sayyidina Umar, “Bagaimana perlakuan Allah terhadapmu?” Sayyidina Umar menjawab, “Allah mengampuni dosa-dosaku dan membebaskan aku dari siksa-Nya.”

    Mereka bertanya lagi, “Sebab apa? Apa karena sifat kedermawananmu, atau sifat adilmu, atau karena zuhudmu?”

    Sayyidina Umar menjawab, “Ketika kalian memasukkanku ke liang lahat dan menimbunku dengan tanah kemudian kalian meninggalkanku, datang dua Malaikat yang membuat akalku melayang dan tulang-tulangku menggigil karena ketakutan. Keduanya menanyaiku berbagai hal. Namun tiba-tiba ada seruan, “Wahai Malaikat-Ku, tinggalkan hamba-Ku ini. Jangan kalian membuatnya takut. Sungguh Aku mengasihinya dan membebaskannya dari siksa-Ku sebab dia berbelas kasih terhadap seekor burung pipit ketika hidup di dunia. Kini Aku balas berbela-kasih padanya.”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: