Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah

quran.jpg

Al-A’raf [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah……

Dalam ayat ini Allah memperkenalkan dan memberitahu bahawa dia adalah tuhan kita.

NAMA-NAMA ALLAH

Tuhan kita ini mempunyai 1,000 nama. 300 nama terdapat dalam Taurat, 300 dalam Zabur, 300 dalam Injil, 99 dalam Al-Quran dan 1 nama yang tersembunyi.

Diantara nama-nama itu terdapat 1 nama yang teragung dikenali sebagai ismullah al-a’zam”, yang bila diucapkan dalam doa, Allah akan mengabulkannya (tersebut di dalam hadith). Cuma cara untuk berdoa dengan nama itu tidak diketahui. Ulama nahu (grammar) mengatakan nama itu ialah Allah kerana ia adalah satu perkataan tunggal, perkataan yang merdeka iaitu tidak berasal dari perkataan lain. Ada juga ahli tarikat dan sufi seperti Muinuddin Chisti yang mengatakan nama itu ialah “Ya Hayyu Ya Qayyum“. Oleh itu disyorkan agar berdoa dan berzikir dengan menggabungkan keduanya iaitu “Allahu Lailaha illa Huwal Hayyul Qayyum“. Sentiasalah sebut nama Allah, sepertimana orang yang menyayangi sesuatu atau seseorang selalu menyebut namanya.

ALLAH itu ESA

ALLAH itu ESA yang sebenar-benar ESA iaitu satu pada ZAHIR dan satu pada BATIN (pada akal kita). Tidak seperti biji sawi. Hanya esa pada zahirnya, tetapi boleh dibelah atau dipotong-potong pada akal manusia. ALLAH tetap tunggal pada zahir dan pada akal manusia, tidak mempunyai juzuk dan tidak boleh dibayangkan pada akal serta tidak boleh menjelma ke dalam sesuatu.

MELIPUTI SELURUH ALAM

Allah meliputi seluruh alam. Tidak ada tempat yang Allah tidak ada. Sepertimana nyawa kita meliputi seluruh badan kita, begitulah Allah meliputi seluruh alam.

TIDAK BERHAJAT

Allah tidak perlu kepada apa-apa. Berbeza dengan makhluknya yang sentiasa perlukan sesuatu darinya.

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji

Dia tidak perlu kepada makanan atau minuman. Ada juga makhluk yang dijadikan tidak perlu kepada makan minum iaitu malaikat. Hidupnya juga tidak perlu kepada nyawa.

HIDUPNYA ASLI

Allah itu “Hayyat” iaitu hidup dan hidupnya adalah yang asli iaitu tidak perlu kepada nyawa dan hidupnya berasingan dari makhluk. Hidupnya juga tidak perlu kepada makanan atau minuman. Allah itu hidup dan wujud. Ada dua pendapat Ulama tentang “hidup” dan “wujud”. Ada yang mengatakan hidup dan wujud itu satu. Ada juga yang mengatakan hidup dan wujud itu berlainan.

WUJUD

Allah itu Wujud iaitu ada, ada yang “sediakala” dari dulu lagi (Qidam), dan adanya Allah itu kekal selama-lamanya (Baqa‘). Adanya Allah itu tidak serupa dengan makhluk (Mukholafatuhu lil hawadis). Adanya Allah itu dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) dan Allah itu tunggal (Wahdaniyyah), pada zahir dan pada akal manusia, yang memiliki sifat-sifat yang lain yang baik dan sempurna. Mustahil Allah memiliki sifat yang tidak sempurna seperti buta.

Awal dan akhir

Al-Hadid [3] Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Allah tidak mati kerana hidup itu haknya. Allah tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Undang-undang itu hanya untuk kita, makhluknya.

Allah itu punca kepada segala-galanya, kalau Allah tiada semua benda lain tiada.

Allah berfirman: Aku adalah khazanah tersembunyi dan aku ingin diketahui. Kerana itu lalu aku menciptakan makhluk agar aku diketahui .

Allah itu “hadir” dan “nazir”. Allah hadir dimana-mana dan melihat setiap apa yang dilakukan.

KUASA ASLI

Allah berkuasa tanpa sebarang perlantikan. Kuasanya asli. Segala di alam ini milik Allah, cuma diberi kuasa sementara kepada makhluk-makhluk yang akhirnya akan diambil kembali setelah mereka mati.

Al-Qasas [58]……..sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.

TIDAK BERANAK DAN BERISTERI

Yahudi dan Kristian yang mengatakan Allah mempunyai anak.

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah.

Begitu juga kaum Quraisy yang mengatakan malaikat itu anak perempuan Allah.

As-Saffat [149] (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)

Padahal Allah tidak perlu kepada anak, apalagi isteri. Allah tidak tua dan tidak perlu kepada keturunan untuk mewarisi kekuasaannya.

Al-An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Allah tidak tua, dan kerana itu dia juga menjadikan ahli syurga tidak tua, tidak hilang terunanya dan sentiasa sebaya umurnya.

An-Nabaa [33] Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

Oleh itu SAYANGILAH ALLAH, NABI dan agama ISLAM.

Advertisements

4 Respons to “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah”

  1. Allah yang menjadikan langit dan bumi « Nasbun Nurain Says:

    […] langit dan bumi Posted Februari 14, 2009 Filed under: Uncategorized | Yunus [3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa […]

  2. Allah bersemayam di atas Arasy « Nasbun Nurain Says:

    […] bersemayam di atas Arasy Posted Februari 14, 2009 Filed under: Uncategorized | Yunus [3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan […]

  3. Rukun Iman « Nasbun Nurain Says:

    […] 1. Beriman kepada Allah. […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: