Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah (Bahagian 2)

langit.jpg

Al-A’raf [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; ……

1) Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

Langit dan bumi terdiri dari 7 lapisan.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Bukti langit berlogam:-

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak

Diceritakan langit juga boleh dilipat-lipat:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

“Dalam enam masa” bermaksud enam zaman yang panjang. Di Padang Mahsyar setengah hari adalah bersamaan 500 tahun. Maka satu hari ialah 1,000 tahun. Oleh itu bawalah bekal dan modal untuk ke sana.

Ayat-ayat di atas ini juga menunjukkan kepentingan ilmu sains dalam memikirkan kekuasaan Allah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran.

2) Dia bersemayam di atas Arasy;

Dalam ayat yang lain, disebut:

Taha [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Semayam

Soal bagaimana Allah bersemayam tidak perlu ditanya. Walaupun ada yang membahaskannya, ada yang mengatakan semayam itu duduk, ada yang mengatakan bersemayam bermaksud Arasy yang dikuasai Allah. Yang jelasnya, Allah tidak perlu kepada tempat.

Arasy

Arasy adalah umpama singgahsana Allah, bukan bermakna Allah duduk di situ tapi singgahsana “Raja kepada segala Raja”.

Arasy ialah satu planet yang besar.

Al-Mukminun [86] Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar? [87] Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?

Diceritakan juga di Padang Mahsyar, 8 Malaikat memikul arasy yang besar itu.

Al-Haqqa [17] Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal

Selain arasy yang besar (arsyil azim), juga disebut sebagi arsyil majid (tinggi kemuliaannya) dan asyil karim (mulia) :

Al-Mukminun [116]…………………Arasy yang mulia.

Al-Buruj [15] Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: