Allah itu bertempat?

Ada pendapat yang mengatakan Allah itu bertempat. Mereka menggunakan dalil :-

Taha [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Mereka mengatakan bersemayam itu bermakna duduk. Ini bermakna Allah itu berjisim kerana hanya benda yang berjisim sahaja boleh duduk.

Ada yang mengatakan bersemayam bermaksud Arasy yang dikuasai Allah. Arasy adalah umpama singgahsana Allah, bukan bermakna Allah duduk di situ tapi singgahsana “Raja kepada segala Raja”. Secara mudahnya tempat manusia masuk mengadap untuk bertemu Allah.

Yang jelasnya, Allah tidak perlu kepada tempat kerana Allah tidak berjisim. Allah meliputi seluruh alam sepertimana ruh (nyawa) meliputi seluruh badan. Nyawa atau ruh bukan terletak dijantung, cuma sistemnya berada disitu. Begitu juga Allah, arasy itu cuma singgahsana, bukannya tempat Allah berada. Dia bersama-mana kita dimana sahaja kita berada.“Wahuwa Maakum Aynama Kuntum”.

Hadid [4] …..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Dikirim dalam Kemusykilan. 2 Comments »

2 Respons to “Allah itu bertempat?”

  1. Nasron al-Jauhari Says:

    yang mengatakan allah memerlukan tempat itu adalah golongan wahabi. sekarang ni wahabi berkeliaran di mana-mana. termasuklah kat wordpress ni. semoga pihak tuan dapat memberikan tulisan yang lebih berani berterus-terang bagi membendung ajaran sesat mereka. sebab masih ramai yang tak berapa tahu dan tak berapa jelas.

    allahu’alam.

  2. sulaiman Says:

    Wahabi masih ahli sunnah wal jamaah, mereka juga mengamalkan mazhab hambali dalam feqah….cuma fahaman mereka lain sikit, terutamanya mereka mengatakan Allah berjisim iaitu ada tangan, mulut dan bertempat…Masih boleh sembahyang jemaah di belakang mereka…begitu juga kata JAKIM

    http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=892

    Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.

    Tarikh : 19 Disember 2006
    Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
    Editor : PRO JAKIM
    Hits : 931

    http://abuhasif.wordpress.com/2008/03/25/download-artikel-jakim-mengenai-wahabi/


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: