Cantik dan fizikal ahli syurga

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Dia menjadikan makhluknya juga cantik. Tidak hilang kecantikan disisi Allah walaupun diberi kepada semua makhluknya.

Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.

Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga kalau sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita). Kalau cantiknya bidadari pun tidak terbayang dengan akal fikiran, jauh sekali hendak membayangkan cantiknya syurga, apalagi hendak membayangkan betapa cantiknya Allah.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia.

Rasulullah bersabda; “jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh, niscaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.”(HR ath-Thabrani dari Anas bin Malik)

Ikrimah berkata: “Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut,….

ABU SAID R.A. MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W. BERSABDA YANG BERMAKSUD: “SIAPA YANG MATI DARI ORANG-ORANG YANG AKAN MASUK SYURGA, BAIK MUDA ATAU TUA, AKAN DIKEMBALIKAN SEBAGAI ORANG YANG BERUSIA TIGA PULUH TIGA TAHUN TIDAK LEBIH DARIPADANYA.”(AL-HADIS)

ANAS BIN MALIK R.A. MENGATAKAN BAHAWA RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG BERMAKSUD: “KELAK AKAN DIBANGKITKAN ORANG-ORANG AHLI SYURGA SEBAGAIMANA BENTUK ADAM A.S. DALAM USIA NABI ISA A.S. TIGA PULUH TIGA TAHUN. LICIN MULUS TIDAK BERJANGGUT DAN TIDAK BERMISAI. MATANYA SEPERTI BERCELAK; MEREKA DIBERI PAKAIAN YANG TIDAK AKAN LAPUK DAN ROSAK.”(AL-HADIS)Dari Anas bin Malik r.a katanya,

Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.

Dikirim dalam Syurga. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: