Larangan bercakap dalam sembahyang

Dari Muawiyyah bin Al-Hakim,r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya sembahyang itu tidak lagi dicampuri dengan sesuatu dari perkataan manusia; sembahyang itu hanyalah mengandungi tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.

Di permulaan Islam, dibenarkan berkata-kata dalam sembahyang misalnya, menjawab salam, mendoakan orang bersin dan memberitahu berapa rakaat sudah dilakukan sekiranya ditanya. Akhirnya turun larangan sepertimana dalam hadith di atas, (apabila Abdullah bin Masud yang baru balik dari outstation memberi salam kepada Nabi semasa sembahyang dan nabi s.a.w tidak menjawabnya sehingga selesai sembahyang).

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, beliau berkata, “Dahulu kami mengucapkan salam kepada Nabi saw. ketika baginda mengerjakan sembahyang dan baginda membalas salam kami. Ketika kami kembali dari Najasyi (Habasyah), kami mengucapkan salam kepada baginda, namun baginda tidak membalasnya, baginda berkata, ‘Sesungguhnya dalam sembahyang itu ada kesibukan. (Maka aku bertanya kepada Ibrahim, “Bagaimana yang Anda lakukan?” Dia menjawab, ‘Aku menjawab dalam hati.’).”

Sembahyang adalah doa dan ia juga merupakan tasbih, takbir dan bacaan al-Quran. Ia tidak boleh ditambah dengan perkataan-perkataan (percakapan-percakapan) yang lain.

Dilarang baca Quran dalam ruku’ dan sujud (kalau nak baca, baca dalam “sujud selepas salam”):

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: