Pahala menghidupkan Sunnah

Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.

Dalam hadith yang lain dari Rasulallah s.a.w.: “Siapa yang menghidupkan Sunnahku yang telah mati, ia mendapat pahala seratus orang yang mati syahid.”

Dalam hadith yang lain, apabila sunnah tidak diamalkan, ia (kekosongan) akan diisi dengan bidaah. Bahagialah orang yang pelik dari orang ramai (semata-mata kerana ingin menghidupkan sunnah nabi).

Manakala siapa yang meninggalkan sunnah Nabi, ia akan sesat dan dimalukan di Padang Mahsyar.

Dikirim dalam Hadith. 4 Comments »

4 Respons to “Pahala menghidupkan Sunnah”

  1. Abu Muhammad Says:

    Assalamua’laikum..

    SubhanAllah Tuan Guru. Ternyata memang bagus dan penting untuk mengikuti sunnah. Cuma maafkan saya anak murid yang mentah, saya sekadar ingin berkongsi secebis ilmu yang ada. Saya pernah belajar bahawa hadith tentang menghidupkan sunnah dan pahala mati syahid adalah dhaif, dan hadith tentang menghidupkan sunnah dengan 100 pahala syahid pula dinilai sebagai dhaif jiddan (sangat lemah).

    Jika ada tahqiq ulama hadith yang mengatakan hadith ini sahih, saya minta Tuan Guru tolong sampaikan kepada saya untuk rujukan.

    Namun terdapat beberapa hadith sahih diikuti atsar sahabat serta tabi’in tentang kepentingan menuruti sunnah. Mungkin Tuan Guru lebih tahu daripada saya. Tapi saya nyatakan saja sebagai perkongsian, contoh hadith sahih:

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda: “Setiap umatku akan masuk Al Jannah kecuali orang yang enggan.” Para sahabat bertanya: “Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang menaatiku, ia akan masuk Al Jannah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sungguh ia telah enggan.” (HR. Al Bukhari)

    Wallahu a’lam. Semoga Allah merahmati Tuan Guru atas usaha dakwah yang mulia!

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam, terima kasih atas perkongsian.

      Tuan Guru ada menyebut beberapa perkara tentang Hadith Dhaif.

      Asalnya semua hadis adalah sahih semasa zaman Nabi dan para sahabat. Yang mengumpulkan dan membuat nilaian kategori hadis samada sahih atau dhaif ialah ulama hadith yang kemudian seperti Imam Muslim, Bukhari. Ulama juga berbeza nilaian tentang hadis sahih dan dhaif. Tiada piawaian atau keseragaman dalam menilai status hadith. Imam Bukhari dan Muslim juga berbeza pendapat dan tidak seragam dalam menilai status hadith.

      Jangan pinggirkan hadith kerana sanad (pembawanya) lemah dan menyebabkan hadith terhukum kerana perawinya. Hadith juga dijamin oleh Allah walaupun Dhaif:
      An-Najm [3] Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
      An-Najm [4] Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

      Imam-Imam Mujtahid (ulama feqah 4 mazhab) seperti ulama mazhab Syafie ada juga menggunakan hadis dhaif untuk menyelesaikan masalah feqah. Imam Mawardi ulama handal/besar mazhab Syafie mengatakan boleh berfatwa menggunakan hadith dhaif dalam Kitab Asbah wa Nazha’ir. kitab ini terdapat dalam 2 mazhab iaitu Syafie dan Hanafi. Dalam mazhab Syafie ada juga hadith dhaif yang diguna dalam hukum seperti hadith yang menyuruh wanita menutup kaki masa solat. Begitu juga hadith tentang wuduk menggunakan air 2 kolah.(ada diceritakan dalam buku Nasbun Nurain karangan Tuan Guru).

      Hadis Dhaif lebih baik dari akal. Menurut kaedah dalam mazhab Hanafi, mereka lebih mengutamakan hadis dhaif berbanding akal (pendapat), melainkan jika hadith dhaif itu bertentangan dengan hadith yang lebih kuat sanadnya, maka pada ketika itu hadith yang lebih kuat sanadnya diutamakan. Ulama Hanafi beranggapan bahawa hadis dhaif tetap hadis dan yang dipertikai adalah sanadnya sahaja. Golongan yang menolak hadith dhaif sebagai hujah adalah golongan yang lebih mengutamakan akal (pendapat) daripada hadith dhaif. Ini adalah salah satu di antara sebab banyaknya perselisihan dalam mengeluarkan hukum.

      Tidak semua hadith dhaif ditinggalkan dan tidak semua hadith sahih diamalkan. Ada hadith sahih yang tidak diamalkan seperti sembahyang Jumaat sebelum gelincir matahari. Hadith dhaif tetap hadith, walaupun lemah tetapi bukanlah hadith palsu (Maudu’).

      Wallahua’lam.

  2. Tanpa Nama Says:

    “Barang siapa menghidupkan sunnahku ketika orang lain telah melalaikannya, maka baginya pahala seratus kali syahid”
    hadis riwayat siapa ?

    • sulaiman Says:

      Riwayat Imam Al-Baihaki
      عَنْ إبْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قالَ رَسُوْلُ أللهِ صَلىَّ اللهُ عَليْهِ وَسَلمَ,مَنْ تمَسَّكَ بسُنتِيْ عِندَ فسَادِ أمَّتِيْ فلهُ أجْرُ مِئةِ شَهيْدٍ (رواه ألبيهاقى و غيره)
      Artinya : Dari Ibnu Abbas ra. Rasulullah Saw bersabda : “ Barang siapa berpegang teguh kepada sunnahku dikala umatku sudah rusak (melakukan bid’ah dan munkarat) maka baginya pahala 100 orang yang mati syahid “. (HR. al-Baihaqi)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: