Bumi dan langit

Mukmin [64] Allah yang menjadikan bumi sebagai tempat penetapan untuk kamu dan langit sebagai bumbung yang kukuh binaannya….

Dalam ayat ini Allah mendakwa bahawa dialah yang menciptakan bumi dan langit. Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air. Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas air dan terciptalah tanah diatas buih air. “Maha Suci Allah yang membekukan bumi di atas air”.

Permukaan bumi yang pertama timbul di dunia ini ialah tapak Baitullah (Kaabah), juga merupakan pusat bumi, pusat penumpuan ibadah dan jantung dunia. Di akhir zaman, bumi akan dihancurkan apabila jantung dunia ini iaitu Baitullah disyahidkan (musnah) oleh seorang Habsyi yang kurus kering. Pada masa itu semua orang Islam telah dimatikan.

Kemudian Allah mantapkan bumi dengan gunung-ganang dan bukit-bukau yang tertentu dan memerintahkan keduanya supaya menurut perintahnya .

Fussilat [10] Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Dia melimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. [11] Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

Langit dan bumi pada asalnya bersatu:

Anbiyaa [30] Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?….

Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurga lah yang berada di atas, lalu diperdekatkan kepada orang yang bertakwa.

(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.
( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #104)

Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertakwa,
( سورة الشعراء , Ash-Shuara, Chapter #26, Verse #90)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: