Muslim, mukmin dan muhajir.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya. Mukmin (Orang yang beriman) ialah orang yang mengamankan orang ramai ke atas darah mereka dan harta mereka. Muhajir (Orang yang berhijrah) ialah orang yang berpindah dari apa yang dilarang oleh Allah. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang apa itu Islam. Jawab Nabi “Islam itu serah hati kepada Allah dan selamatkan orang Islam lain dari mulut yang celupar dan perbuatan yang tidak senonoh”. “Serah hati kepada Allah” ialah “fikir hak Allah”, bagaimana hendak berkempen menarik orang kepada Allah. Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan anggota lain untuk menyakiti orang Islam yang lain.

Mukmin pula menyelamatkan atau mengamankan umat manusia dari bahaya yang boleh menimpa darah (nyawa) dan harta mereka.

Muhajir pula ialah orang yang berhijrah atau berpindah dari “apa yang Allah larang” kepada “apa yang Allah suruh”. Tiada lagi hijrah setelah Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana kedua-duanya telah menjadi negara Islam, yang tinggal cuma hijrah dari larangan kepada suruhan Allah. Pindahlah dari tempat yang Allah tidak suka,. Dalam hadith disebut “Jauhkan (elakkan) diri kamu dari tempat yang orang boleh tuduh kamu tidak baik” (seperti berada di tempat yang boleh menimbulkan fitnah, contohnya di pub atau kelab malam). Juga boleh berhijrah dari satu negeri ke negeri yang lain untuk menyelamatkan agama kita dan agama anak isteri kita.

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: