Kisah orang anti azan

Maidah[58] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.

Dalam satu kisah ada 3 orang perli azan yang diketuai oleh seorang yang bernama Abu Mahzurah. Setelah dikejar dan ditangkap 3 orang itu, lalu nabi bertanya “siapa yang kuat sekali suara dia tadi mengejek azan?”. Jawab mereka “Dialah” (sambil menunjukkan kepada Abu Mahzurah). Tanya Nabi “kenapa kamu mengejek azan?” Jawab Abu Mahzurah “Saya benci sangat kepada azan, benci kepada Islam dan benci kepada kamu”. Kemudian Nabi s.a.w. meletakkan tangannya di dada Abu Mahzurah, kemudian di bawa tangannya ke pusat dan akhir sekali ke kepalanya. Bertukar serta merta bencinya lalu timbullah kasih sayang Abu Mahzurah kepada azan, Islam dan Nabi. Kata Abu Mahzurah ” Rasulullah, lantiklah saya jadi Muazzin (tukang azan) di Mekah.

“Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali (Riwayat Muslim).
.

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. Label: . 1 Comment »

Satu Respons to “Kisah orang anti azan”

  1. hafiz Says:

    minta tolong. apakah sumer riwayat bagi kisah abu mahzurah tersebut?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: