Melihat Allah di dalam syurga

Qiyamah [22] : Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; [23] : Melihat kepada Tuhannya.Dari Suhaib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., membaca firman Allah dalam ayat ini, ertinya:

Bagi orang-orang yang berbuat baik diberi balasan yang sebaik-baiknya (Syurga) dan satu tambahan lagi.”), dan sesudah itu Baginda s.a.w. bersabda: “Apabila ahli Syurga masuk Syurga dan ahli Neraka masuk Neraka, menyerulah penyeru katanya: “Wahai ahli Syurga! Sesungguhnya ada untuk kamu satu perkara yang dijanjikan kepada kamu di sisi Allah yang ia hendak menunaikannya“; mereka bertanya: “Apa dia perkara itu? Bukankah Tuhan telah memberatkan timbangan amal baik kami, bukankah Ia telah menyerikan muka kami dan memasukkan kami ke dalam Syurga serta menjauhkan kami dari Neraka?

Baginda s.a.w., bersabda: “Maka pada saat itu dibukakan hijab kepada mereka lalu mereka melihatNya; demi Allah! Tidak ada sesuatu yang Allah kurniakan di sukai oleh mereka lebih daripada melihatNya dan tidak ada yang mententeramkan hati mereka lebih daripada itu.”

Advertisements
Dikirim dalam Hadith, Kiamat. 4 Comments »

4 Respons to “Melihat Allah di dalam syurga”

  1. kandagalantes Says:

    jadi anda ingin beribadah untuk mencapai surga?
    waduuuuh, hati2x sudah mempertuhankan surga y?

    katanya ikhlas untuk masuk surga dlm tulisan anda tapi anda mengajarkan untuk tidak ikhlas kenapa?

    ingat pencipta surga itu siapa? kalau anda saja sudah memiliki isteri lalu istri anda hanya menginginkan uang or harta anda bagaimana perasaaan anda kalau tahu itu?

    Yang jadi masalah ini bukan anda tapi Allah SWT loooh yang anda permainkan…. dengan berfokus pada surga

    kenapa anda ingin surga? pasti karena enaknya khan tapi kita gak mau neraka karena tidak enak khan?

    coba bayangkan kalau neraka didinginkan lalu surga dibakar, pasti pilihan anda akan neraka khan?

    coba bayangkan ketulusan anda apabila surga dan neraka itu gak ada? apa gak malu ?????????????

    http://fusion-kandagalante.blogspot.com/2008/09/tuhan.html

  2. sulaiman Says:

    Rasulullah s.a.w. bersabda,

    Siapa yang mencantikkan amalan akhirat padahal dia tidak mengharapkannya dan tidak pula menghendakinya, nescaya ia dilaknat di langit dan di bumi. (Riwayat Daruquthni melalui Ibnu Abbas r.a.)

    Kita buat ibadah dengan tujuan mendapat kejayaan di akhirat.

    Dari segi syariat, amalan yang dilakukan tanpa apa-apa tujuan atau harapan pembalasan seperti syurga adalah dilaknat.

    Manakala dari segi tasauf atau tarikat, amalan dilakukan hanya untuk Allah tanpa mengharap sebarang balasan.Golongan ini mengambil pendekatan merendah diri iaitu Allah layak disembah walaupun tanpa ganjaran atau kerana takut siksaan.

    Rabiah ialah seorang wali perempuan dari Basrah. Dia pernah berkata “Ya Allah, Rabiah buat ibadat dan taat bukan kerana nakkan syurga atau takutkan neraka, tetapi kerana Rabiah nak jadi hak Allah“.
    Keluar suara ghaib jawab ” Ya Rabiah, bila kamu jadi hak Allah, Allah jadi hak kamu”

    Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w bersabda:-

    Siapa jadi hak Allah, Allah jadi hak dia”

    Dari segi makam (kedudukan) syariat lebih tinggi dari tarikat, sepertimana dalam kisah nabi Musa (bawa syariat) dan nabi Khaidir(tarikat).

    Dihari akhirat, amalan syariat ditanya. Begitu juga pemberi syafaat, orang alim terlebih dahulu memberi syafaat.

  3. kandagalantes Says:

    surga itu imbalan dari Allah SWT….
    Anda ingin imbalan tapi anda mengerjakan tidak karenanya, kalau kayak gitu melakukan penghianatan.

    amalan seseorang itu dinilai dari niat..
    Adakah liljannah?
    adakah liluang?
    yang ada hanya lilahita’ala

    Katakanlah: “Sesungguhnya salat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,
    al-an’aam 162

    Tujuan hidup di dunia itu sudah jelaskan yaitu ibadah….

    “tidak diciptakan jin dan manusia melainkan untuk ibadah”

    trims y

  4. sulaiman Says:

    Sudah tentu Lillahitaala…
    Bila (Kapan) dan di mana saya mengatakan lil jannah?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: