Amanah pemimpin kepada rakyat

Pepatah arab menyebut “An-Naasu ‘ala Diini Muluukihim” yang ertinya manusia (rakyat) itu mengikuti agama para pemimpin mereka. Sebagai contoh, apabila raja Melaka memeluk Islam, rakyat pun turut sama memeluk Islam.

Sebagai pemimpin pula, hendaklah amanah kepada rakyat. Sayyidina Umar yang berada dekat dengan penjual minyak attar menutup hidungnya kerana takut terhidu bauan itu. Diceritakan juga semasa zaman pemerintahannya, serigala dan kambing boleh menjadi kawan dan minum di satu tempat. Satu hari dilihat serigala telah memakan kambing, dan hari itu ialah hari kematian beliau. Demikian kesan amanahnya seorang pemimpin.

Imam Fakruddin razi dalam kitab tafsirnya “Kabir” juga menceritakan tentang kesan amanah seorang raja kepada rakyatnya. Diceritakan raja telah pergi berburu di hutan dan akhirnya tersesat dalam hutan itu. Kemudian raja itu telah berjaya keluar ke sebuah kebun delima yang dimiliki seorang budak muda. Lalu raja itu berkata “Aku dahaga, minta segelas air”. “Baiklah”, jawab pemuda itu. Pemuda itu memerah sebiji delima dari kebunnya dan diberi minum kepada raja. Sungguh manis air delima ini, kata raja itu. Dalam hatinya beliau bercadang untuk memiliki kebun itu. Kemudian raja itu meminta segelas lagi air delima itu. Pemuda itu pun memberi segelas lagi air delima. Setelah diminumnya, terasa pahit pula air delima itu. Raja itu bertanya “kenapa dua buah dari tangkai yang sama rasanya berlainan, satu manis dan satu pahit”. Jawab pemuda itu ” Raja yang memerintah negeri ini telah berniat buruk kepada rakyatnya” (ingin memiliki kebun delima rakyatnya).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: