Takdir dan ilmu Allah

Takdir ialah ketetapan Allah ke atas makhluknya samada baik atau tidak baik. Allah telah selesaikan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum langit dicipta.

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. (Muslim)

Al-Munafiqun [11] Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Demikianlah hebatnya ilmu Allah yang menulis takdir sekelian makhluknya seperti manusia, jin, malaikat, binatang, dan sebagainya. Hebatnya ilmu Allah itu diceritakan di dalam Al-Quran:

Al-Mudathir [31]………dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja .

Allah memberi ilmu kepada manusia sedikit sahaja. dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja:

Al-Israa [85]….dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja..

Manusia pula bila semakin banyak ilmunya semakin rosaklah dunia. Kata Sayyidina Ali, bila manusia telah mempunyai banyak ilmu, kiamatlah dunia. Juga diterangkan dalam Al-Quran yang mengatakan kerosakan yang berlaku di dunia ini adalah disebabkan ilmu mereka.

Ar-Ruum [41] Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;

7 Respons to “Takdir dan ilmu Allah”

  1. muhammad Says:

    boleh x tuan terangkan ttg takdir
    bagimana kita nak tentukan samaada itu takdir kita atau x…sekiranye telah tertulis..boleh kah kita berdoa untuk mengubah takdir tersebut..ada yg tanya buat jahat pun takdir buat baik pun takdir..seolah2 menyalahkan Allah kerana takdirkan org yg jahat jadi jahat..bagaimana pula dgn zaman nabi dahulu…ade yg mempersoalkan kesian mereka2 yg kafir kerana allah gunakan mereka sebagai pengajaran untuk kita

  2. sulaiman Says:

    Allah boleh mengubah apa yang tertulis di Loh Mahfuz, seperti mana firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

    Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

    Bacalah dalam kisah:
    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/04/29/kisah-nabi-musa-dan-seorang-fakir/

    Apabila mendapat rezeki yang haram (walaupun sudah ditakdirkan), ubahlah dengan mencari yang halal kerana Allah juga suruh kita berubah:-

    Anfal [8]……..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui…

    Tanpa usaha dan doa, allah tidak akan baiki nasib kita. Dalam satu hadis nabi, Allah beri kemudahan kepada seseorang itu untuk jadi apa yang dikehendakinya. Jika berada disebelah yang tidak baik…berdoalah dan berubahlah dari takdir yang jahat kepada yang baik, dari kekafiran kepada keimanan..

    Orang yang kafir terdahulu juga telah diutuskan para rasul dan nabi untuk memberitahu tentang Islam, namun mereka tetap tidak mahu menerima Islam.

    Az Zumar [71] Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang!

    Tugas Nabi hanya menyampaikan. Dan jika diutuskan malaikat sekalipun mereka tetap tidak mahu beriman kerana mereka mempunyai kepentingan lain seperti kuasa dan harta.

    Ar-Ra’d [33]……..dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar

    Bacalah:
    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/06/18/kunci-keimanan-di-tangan-allah/
    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/03/18/kafir-juga-tahu-tentang-islam/
    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/01/rasul-dari-kalangan-mereka-sendiri/

  3. muhammad Says:

    SAYA masih kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan dengan qada dan qadar. Takdir seseorang itu telah ditentukan sejak kita lahir lagi. Jikalau begitu, adakah kita sudah ditakdirkan untuk masuk syurga atau neraka?

    Apa yang saya pasti ajal maut sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Cuma, dalam keadaan apa kita akan mati. Adakah sebagai seorang yang beriman atau tidak. Adakah itu juga telah ditentukan?

  4. sulaiman Says:

    Allah cipta kita untuk diuji dan kita akan dibalas samada syurga atau neraka…

    Mulk[2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

    Apabila Allah telah memberi iman kepada sesorang, dia tidak akan tarik balik iman itu melainkan orang itu sendiri hidup cara orang kafir. Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal.

    Oleh kerana kita tidak tahu bagaimana amalan terakhir kita, maka kita kenalah terus berada dalam iman dan islam. Kalau tergelincir, cepat-cepatlah bertaubat supaya berakhir dalam penghabisan yang baik.

    Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”…Sahabat-sahabat baginda bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?”…Baginda menjawab, “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (HR Bukhari )

  5. muhammad Says:

    bolehkah tuan tolong bg penjelasan ttg takdir mu’allaq dan takdir mubram

  6. sulaiman Says:

    Belum sampai lagi bab ni sebenarnya, baru nak belajar intro tentang qadha dan qadar, saya baru tulis kat sini:

    https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/08/08/qadha-dan-qadar/

    insyaallah nanti saya tanya tuan guru…

    Satu takdir yang tetap (misalnya manusia pasti mati), satu lagi yang boleh berubah misalnya dalam hadith:-

    Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim. Riwayat Bukhari.

  7. muhammad Says:

    jazakallah.
    harap tuan dapat bg penjelasan ttgnye beserta contoh2nya sekali dan bagaimana kita boleh membezakan samaada itu adalah taqdir muallaq atau taqdir mubram yg ditentukan untuk kita


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: