Mengusap Muka Selepas Berdoa

Soalan:

Kebiasaan masyarakat Islam dewasa ini, setiap kali selesai berdoa mereka mengusap (menyapu) muka sebagai penutup doa dan untuk mendapat berkat dari doa tersebut. Sebenarnya perbuatan tersebut tidak mempunyai dalil yang sahih kerana semua hadis-hadis yang menunjukkan menyapu muka setelah selesai berdoa kesemuanya lemah belaka. Boleh Terangkan???


Jawapan:

1. Kami akan menjelaskan pendirian kami mengenai isu mengusap/menyapu muka setelah selasai berdoa. Dalam membincangkan perkara seumpama ini, sikap keterbukaan dan berlapang dada amat penting kerana isu-isu seperti ini kerana kadang-kadang mengundang perbahasan yang tiada sudahnya. Perlu diingat, perkara seumpama ini bukanlah perkara rukun, fardhu atau wajib dalam Islam. Ia hanyalah perkara furu’ (cabang) yang sering menjadi perselisihan para ahli ilmu.

2. Sekurang-kurang terdapat tiga hadis mengenai menyapu muka selepas doa. Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Baihaqi. Ia juga dikeluarkan dalam Mishkat al-Masabih. Ini bermakna hadis-hadis seperti ini mendapat perhatian dan nilaian dari kalangan ulama hadis.

3. Sebahagian ulama mengatakan hadis-hadis ini adalah hadis gharib dan sebahagian yang lain mengatakannya sanadnya dhaif. Ibn Taimiyah, Izz Abd Salam dan beberapa ulama hadis lain termasuk al-Albani telah mendhaifkan hadis-hadis ini. Alasan kedhaifannnya adalah kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali).

4. Imam an-Nawawi dalam kitab al-Adhzkar menyebut terdapat 3 pandangan dalam mazhab as-Shafi’i mengenai mengangkat tangan dan menyapu muka semasa berdoa. Ulama Hanafi, menganggap menyapu muka adalah sunnah atau mandub (digalakkan). Hal ini disebut dalam kitab fiqh muktabar mereka iaitu Durr-Muhktar, Radd-Mukhtar, Shurubulaliyya dan Fatawa al-Hindiya.

5. Menurut kaedah dalam mazhab Hanafi, mereka lebih mengutamakan hadis dhaif berbanding akal (pendapat) melainkan hadis dhaif itu bertentangan dengan hadis yang lebih kuat sanadnya, maka pada ketika itu hadis yang lebih kuat diutamakan. Ulama Hanafi beranggapan bahawa hadis dhaif tetap hadis dan yang dipertikai adalah sanadnya sahaja. Golongan yang menolak hadis dhaif sebagai hujah adalah golongan yang lebih mengutamakan akal (pendapat) daripada hadis dhaif. Ini adalah salah satu di antara sebab banyaknya perselisihan dalam mengeluarkan hukum.

6. Bagi yang beranggapan menyapu muka selepas selesai berdoa adalah sunnah/mandub, mereka tidak bergantung kepada hadis-hadis di atas semata-mata. Terdapat beberapa riwayat lain yang menyokong hujah mereka.

7. Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adab al-Mufrad dengan sanad yang baik menurut Sheikh Abd Fattah Abu Ghuddah dalam Thalath Rasail, Ibn Umar (Radiallhu ‘anh) berdoa bersama yang lain-lain. Daripada Wahab, “Aku melihat Ibn Umar dan Ibn al-Zubair berdoa (bersama-sama) dan menyapu muka dengan tangan mereka”. Peristiwa ini berlaku ketika kewafatan Saidina Husain bin Ali semasa pemerintahan Yazid Ibn Muawiyah.

8. Dalam Musannaf Ibn Abd Razzaq, dari Yahya Ibn Said al-Ansari iaitu qadhi Madinah, bahawa Ibn Umar biasanya berdoa bersama al-Qass dan mereka menyebut bahawa mereka (para tabi’in) yang datang sebelum kami (para Sahabat) akan berdoa dan kemudian menyapu muka supaya mendapatkan keberkatan doa. Al-Qass adalah tabi’i Ubayd Ibn Qatada al-Laythi al-Makki. Sheikh Abu Ghuddah berkata, “Ini adalah bukti yang jelas mengenai amalan menyapu muka dengan kedua tangan selepas mengangkatnya dalam berdoa dan ia merupakan amalan generasi awal.”

9. Kesimpulannya, isu menyapu muka selepas berdoa’ adalah isu yang dipertikaikan (kontroversial). Seseorang muslim bebas memilih pendapat yang sesuai dengannya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: