Matlamat Puasa

Al-Barqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.

“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.

Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar. Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.

Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Syaitan juga ada dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Baginda berjaya mengawal syaitan itu agar mengikutnya. Menurut hadis Rasulullah tidak terkecuali semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku menurut arahanku (patuh dan taat di bawah kuasaku) dan tidak memerintah aku lagi.

Berjayalah orang yang membersihkan nafsunya kerana syaitan hanya masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Kerana itu jugalah di bulan Ramadhan syaitan dibelenggu. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

 

Advertisements
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan. 20 Comments »

20 Respons to “Matlamat Puasa”

  1. muhammad Says:

    boleh tuan ceritakan ttg kelebihan malam nisfu sya’ban dan amalan2 yg sesuai untuk diamalkan

  2. sulaiman Says:

    Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam(untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)

    Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru'(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

    Malam nisfu sya’aban adalah malam dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

    Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun.

    Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.

    Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
    Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

  3. Bahasa Melayu « my weblog Says:

    […] Matlamat Puasa […] […]

  4. effa Says:

    Saya telah lama mninggal kan puasa sblm2 nya…sya pun sudah tidak tahu brapa lama…boleh jelas kan bagaimana cara untuk menganti kan puasa yg telah lama di tinggal…dgn jelas dah mudah di fahami oleh saya

    • sulaiman Says:

      Buat anggaran berapa hari tinggal puasa, katalah 5 thn atau 150 hari.
      Puasalah isnin dan khamis setiap minggu utk ganti. katalah 3 minggu sebulan kerana 1 minggu period.
      Jadi 2 x 3 x12 ialah 72.. so dlm 2 thn dah 144 hari ganti.

  5. effa Says:

    Ada kh wajib utk sya mganti kan kesmua puasa sya?….atau ada cara lain….sya pun sudah tidak tahu brapa lama perlu sya ganti…

  6. effa Says:

    Kalau memang sudah tidak ingat brapa lama kita tinggal puasa bagaimana cara utk mganti kan nya…sudah terlalu cukup lama agak nya…

  7. effa Says:

    ntah lh sya pun sudah tidak tahu…sebab ada tahun lain nya saya bpuasa dan pd tahun slebih tidak…bagaimana hendak mganti kan nya…hendak mgira yg perlu sya ganti..

    • sulaiman Says:

      Lebihkan pun tidak apa.. cadangan saya buat je dulu selama setahun.. kemudian teruskan.. yg penting ada usaha utk ganti. Tiada cara lain jika sengaja tinggal puasa…melainkan jika ditinggalkan kerana hamil atau menyusu, bolehlah bayar fidyah.

  8. effa Says:

    Baik lah sya akan b’usaha utk ganti kan nya….ada kah boleh skira nya sya mganti di tiap2 hari…dari isnin hingga ahad stiap minggu kcuali period…

  9. effa Says:

    Ada kh dgn mganti puasa ini di terima oleh allah…jikalau sya tidak larat ada kh boleh sya bhenti seketika utk mganti kan nya…dan di sambung kan lagi…

  10. effa Says:

    Bagaimana dgn niat utk ganti kan puasa

  11. effa Says:

    Ok niat dlm hati…boleh kh saya mguna sahaja aku ganti puasa kerna allah taala..dan solan yg terakhir saudari blm mjawab…ada kh setiap kali saya hendak mganti kan puasa saya….ada kh perlu saya bniat skali…


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: