Puasa sebagai tetamu dan perisai

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.”

Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan. Oleh itu sepertimana kita menghormati tetamu yang datang ke rumah, hormatilah tetamu ini dengan menjaga segala pantang larang dan disiplin puasa Ramadhan agar kita mendapat tawaran yang dijanjikan.

Daripada Abu Syuraih Khuwailid bin ‘Amru al-Khuza’i RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan memberikan haknya.” Mereka bertanya, “Apakah haknya itu, hai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW, “Layanan sehari semalam dan hak tetamu tiga hari. Maka selepas itu hanyalah sedekah ke atasnya.””(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“puasa adalah perisai di dunia dan di akhirat”

Selain itu puasa Ramadhan juga adalah benteng atau perisai yang boleh menghalang manusia dari melakukan keburukan di dunia dan juga perisai yang melindungi manusia dari api neraka di akhirat.

“Puasa adalah perisai (yang melindungi pelakunya dari keburukan).” (Riwayat at-Tirmidzi)

“Puasa itu adalah perisai yang dapat melindungi diri seorang hamba dari api neraka” (Riwayat Imam Ahmad).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: