Jangan benci ibubapa

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jangan kamu benci kepada bapamu. Siapa yang benci kepada bapanya, kebencian itu bererti kekafiran (kufur nikmat)

Kufur nikmat dalam hadith ini bermaksud tidak mengenang jasa ibubapa yang membelanya sejak dari kecil.

Kisah Nabi Ibrahim dan bapanya

Dari kecil Nabi Ibrahim diuji, bapanya tukang pembuat berhala dan makan hasil jualan berhala. Baginda disuruh menjual berhala oleh ayahnya. Baginda menjual berhala sambil mengatakan “siapa yang nak beli benda tak berfaedah ni”. Juga direndam dan dicelupnya berhala itu ke dalam air dan meminta berhala itu tunjukkan kekuasannya melepaskan diri.

Dan (ingatlah) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.(Al-Anaam:74)

Bapanya menghalau baginda dari rumah kerana bencikan berhala.

Maryam [46] (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa

Lalu Nabi Ibrahim meninggalkan bapanya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah;
( Az-Zukhruf:26)

Allah melarang kita berdoa agar orang kafir diampunkan dosanya, walaupun bapa sendiri (kecuali agar diberi hidayah):

…….janganlah dicontohi perkataan Nabi ibrahim kepada bapanya (katanya): Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu. (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!
( Al-Mumtahana 4)

At-Taubah [113] Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.

Di Padang Masyar nabi Ibrahim nampak bapaknya berupa kala jengking, baginda tidak jadi untuk berdoa kepada bapanya.

Advertisements

2 Respons to “Jangan benci ibubapa”

  1. nur Says:

    kenapa bapa selalu garang???? bapa tak pernah tanya apa yang saya nak…apa yg saya belajar.ape keputusan saya……saya tiada tempat nak meluahkan segalanya..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: