Sembahyang dan zakat

An-Naml [3] Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

Dalam Islam, antara dua ibadat yang sangat dititik-beratkan ialah sembahyang dan zakat. Sembahyang ialah hubungan peribadi dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas). Sembahyang itu berat untuk dikerjakan, manakala zakat pula hanya dapat diberi oleh orang yang takut kepada Allah.

Al-Baqarah [45]….sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

Sembahyang ialah ‘munajat’ atau ‘hubungan peribadi’ (personal contact dengan Allah), yang wajibnya ialah 5 waktu sehari semalam.

An-Nisa[103]…Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Nabi Musa perlu ke Bukit Thur untuk bermunajat kepada Allah. Umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak perlu ke mana-mana kerana mereka boleh sembahyang di mana sahaja, walaupun di rumah masing-masing untuk bermunajat kepada Allah. Dalam hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

“mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.”

ADI BIN HATIM R.A meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W. Katanya baginda bersabda yang bermaksud :”Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah S.W.T. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol)”. (Riwayat Muslim)

Pada hari Kiamat kelak, ada beberapa golongan manusia yang mengemukakan
pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT
ketika di dunia. Apabila ditanya kenapa kau meninggalkan solatmu?

kerana menguruskan kekayaan?
– Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya.

kerana derita sakitmu?
– Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub? Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya.

kerana melaratnya hidupmu?
– Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu

kerana kau hamba kepada tuanmu?
– Nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : ” Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia.

Download audio mp3 : An Naml 3

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: