Tentang Haji

3 jenis haji

  • Haji Ifrad afdhal bagi mazhab Syafie. Buat haji sahaja tanpa umrah
  • Haji Tamattu’ afdhal bagi mazhab Hambali, Maliki. Buat umrah dahulu, selesai umrah kemudian buat haji. Seperti disebut dalam al-quran, “fa man tamattaa bil umrati ilal hajji ….”

Baqarah [196]……..maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

  • Haji Qiran afdhal bagi mazhab Hanafi. Pakai ihram dan niat haji serta umrah serentak.

Belum sampai seru?

Sesetengah orang beralasan “belum sampai seru” untuk mengerjakan haji. “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk menangguhkan ibadat haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah melalui Nabi Ibrahim secara zahirnya. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.

Al-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya. Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku!

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud, “sesiapa yang berkemampuan tetapi sengaja tidak mahu menunaikan ibadat haji maka apabila meninggal dunia maka dia mati sebagai Yahudi atau Nasrani kerana engkar perintah Allah,”

Niat haji

Bagi ibadat yang mengambil masa yang lama seperti puasa, kita dibolehkan berniat lebih awal, sebelum melakukan ibadat tersebut. Misalnya niat puasa boleh dibuat pada waktu malam iaitu selepas Maghrib walaupun puasa itu bermula pada waktu Subuh. Begitu juga dengan ibadat haji, dibolehkan berniat haji walaupun sebelum sampai di miqat, asalkan memakai ihram dan mematuhi pantang larangnya.

Uniform Ihram

Apabila sesorang itu memasuki miqat untuk haji atau umrah, ia hendaklah memakai pakaian uniform ihram, dan berada dalam keadaan “Fana’ fillah” iaitu berada dalam watak orang yang lupakan diri (tidak berhias seperti menutup kepala, memotong kuku dan lain-lain) dan tenggelam dalam kasih sayang Allah. Orang yang masih memakai pakaian lengkap, kemas dan mencantikkan diri tidak ingatkan Allah. Ini ialah “training” untuk fana’ fillah. (tenggelam diri dalam kasih sayang Allah). Nabi s.a.w. pernah berkata “biarkan kain ihram kamu cemar (kotor) sebagai tanda bersungguh-sungguh dalam mengerjakan haji”..

Mula pantang-larang haji

Apabila seseorang itu memakai ihram, dia adalah MUHRIM dan bermula pantang larang haji atau umrah ke atasnya. Dalam mazhab Syafie seseorang itu dikira MUHRIM setelah dia memakai ihram. Dalam mazhab Hanafi tidak dikira MUHRIM walaupun sudah memakai ihram selagi dia tidak membaca TALBIAH (Labbaikallah…).

Mengucup Hajarul Aswad

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayyidina Umar yang pergi bersama rombongan 124,000 sahabat pergi membuat haji bersamanya ” Ya Umar, jangan kamu menyusahkan orang lain dengan sebab kamu ghairah hendak mengucup hajaraul aswad.

Kalau ada peluang kucuplah, tapi jangan berebut hingga menyusahkan orang lain. Menyusahkan dan menyakitkan orang islam yang lain besar dosanya.

Bacaan dalam ibadat haji

Haji dan umrah sah walaupun tanpa bacaan. Bacaan seperti doa-doa yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji adalah dari Nabi, sunat, dapat pahala dan lebih baik. Sayyidina Umar banyak baca “Rabbana atina fid dunya…” atau surah Al-ikhlas

Advertisements
Dikirim dalam Haji. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: