Syaitan dan muzik

Syaitan sentiasa mengambil peluang atas nafsu buruk yang tercetus. Syaitan juga berada di dalam majlis yang di dalamnya ada aurat yang dibuka dan muzik dimainkan. Syaitan berasal dari syurga, ia mendengar muzik di syurga lalu mengajarnya kepada cucu Habil (anak nabi Adam).

Allah berkata kepada syaitan supaya menggunakan suaranya untuk menggoda manusia:-

Isra [64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu….

Dari Jabir (radiallahu‘anh) Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya aku tidak melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan dan senandung syaitan. Dan suara ketika mendapat musibah iaitu menampar muka, mengoyak pakaian dan jeritan syaitan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi, al-Mustadrak, Sunan Kubra dan lain-lain) )

Bisikan Syaitan

Al-An’am [112] “Dan Demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya Yang lain kata-kata dusta Yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa Yang mereka ada-adakan (dari perbuatan Yang kufur dan dusta) itu”. ;

Daripada Ibnu Mas’ud (radiallahu‘anh) bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak adam, dan malaikat juga ada bisikannya, adapun bisikan syaitan itu adalah galakan supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan malaikat pula ialah galakan supaya ialah galakan supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaran, oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dan an-Nasai)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: