Jangan boring berdoa

Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ada orang yang bertaubat selama 30 tahun baru Allah terima taubatnya itu. Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun barulah Firaun mati.

Yunus [88] Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Yunus [89] Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya) dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu).

Jangan boring dalam berdoa. Jangan jemu berdoa perkara yang baik.

Al-Anbiya [90] Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

Fussilat [49] Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan dan kalau dia ditimpa kesusahan maka menjadilah dia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).

Yusuf [87]Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Doa diterima bila “yang ada jadi tiada” (contohnya penyakit disembuhkan) atau “yang tiada jadi ada” (contohnya diberikan rezeki). Semuanya berlaku dengan izinnya dan bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan kerana doa mereka diterima tapi sebab Allah telah menentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya).

Tanpa doa dan usaha Allah tidak akan baiki nasib. Allah beri kemudahan untuk seseorang itu jadi apa yang dikehendakinya.

Hadith Umar ra yang bertanya nabi tentang amal dengan mengatakan : ” Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : “Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara” maka di balas oleh Umar : “Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : “Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun sesiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka ” (Hadith sahih, riwayat Ahmad 29 Jilid 1).

Dikirim dalam Doa. 9 Comments »

9 Respons to “Jangan boring berdoa”

  1. muhammad Says:

    salam ustaz,
    boleh kah kita berdoa beramai2 dalam majlis keramaian seperti majlis kahwin yg muzik2 dimainkan atau sebelum sebarang permainan yg mempunyai pegaulan antara laki dgn perempuan dan majlis2 yg seangkatan dgn nya

  2. sulaiman Says:

    Salam,

    Mengikut apa yang saya pelajari dari Tuan Guru tidak boleh berdoa dalam majlis yang di dalamnya terdapat acara maksiat seperti bersukan yang tidak menutup aurat, muzik dan tari-menari.

    Bagaimana kita hendak minta rahmat Allah dalam majlis yang ada maksiat?(derhaka kepada Allah)

  3. sulaiman Says:

    Sedikit tambahan…

    Berdoa maksudnya meminta rahmat Allah. Hanya boleh berdoa pada tempat yang baik.

    Boleh berdoa dalam majlis perkahwinan. Kalau ada muzik, doalah di awal majlis, sebelum muzik dimainkan.

    Doalah supaya mereka diberi hidayah.

  4. arab07 Says:

    salam ustaz..minta penjelasan sestengh rg ade menyebut ‘kata kata adalah doa..’
    benarkah perkara ini?

    • sulaiman Says:

      Salam,
      Doa itu dalam bahasa Melayu ialah meminta sesuatu daripada Allah.
      Jikalau perkataan itu bertujuan meminta sesuatu daripada Allah, ia adalah doa, walaupun tidak mengangkat tangan semasa berdoa.

      Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya. Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang apa itu Islam. Jawab Nabi “Islam itu serah hati kepada Allah dan selamatkan orang Islam lain dari mulut yang celupar dan perbuatan yang tidak senonoh”

      https://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/11/ain-keteguran-dan-nazar/

      Dari segi lain, ada juga kata-kata yang boleh membawa kepada keteguran. Orang Arab, Pakistan dan Kashmir antara yang kuat keteguran. Jikalau mereka puji sesuatu, perkara itu akan bertukar menjadi sebaliknya. Misalnya jika mereka menegur anak orang lain “sihatnya anak awak ini”. Tak lama selepas itu anak itu akan sakit-sakit.

      Ada juga kata-kata yang melaknat. Laknat itu akan kembali kepada tuannya, sepertimana orang yang mengkafirkan saudaranya :

      “Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula.” (Riwayat Abu Daud)

      Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata.

  5. arab07 Says:

    time kaseh ustaz..
    saye ingin bertanye lg,bagaimanakah cara sebenar dlm menadah tangan ketika berdoa?
    sesetengah org apabila berdoa dan ketika sampai shj pd tmpat doa tolak bala mereka akan terbalik kan tangan mereka seolah olah tidak mahu..soalan sye adakah benar amalan sebegini?

  6. sulaiman Says:

    Caranya ialah mendekatkan dan merapatkan ke dua tangan, meletakkannya di hadapan muka tetapi jangan melebih paras muka dan menyapu muka setelah selesai berdoa.

    Wallahua’lam, tentang terbalikkan tangan ini, saya kena check dulu.

  7. habil Says:

    Saya sering di minta agar berdoa dalam setiap majlis yang diadakan di sekolah tempat saya mengajar, termasuk ketika majlis penutupan sukan tahunan. Sedangkan dalam majlis itu di dahului persembahan tarian oleh murid-murid. Apakah yang perlu saya lakukan ?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: