Pemuda dan nafsu

Ibadat pemuda sememangnya lebih dihargai oleh Allah SWT disebabkan pemuda-pemudi ketika masih muda memiliki Nafsu Ammarah, nafsu yang meruntung untuk melakukan maksiat. Tetapi jika mereka dapat “kontrol” nafsu dengan melakukan ibadat dengan sepenuh hati, maka kedudukan mereka amat tinggi disisi Allah SWT.

Secara kasarnya, nafsu terbahagi kepada 3:-

1. Nafsu Ammarah (kebanyakannya dimiliki olej pemuda-pemudi). Pemilik nafsu jenis ini, jika ia tidak di “kontrol” akan membawa ke neraka.

2. Nafsu Lawwamah. Nafsu yang ingin melakukan kebaikan, tetapi ia selalu gagal, samada dengan sebab diajak oleh kawan-kawannya atau lain-lain sehingga ia melakukan pula kejahatan yang memang tidak disukainya. Lalu ia mengutuk dirinya dan menyesal “kenapalah aku buat perkara jahat ini”. Pemilik nafsu jenis ini berada di tengah-tengah dan lebih baik dari yang pertama disebabkan penyesalan dan kutukan ke atas kejahatannya itu. Pemilik nafsu ini jika ia benar-benar berjaya dengan penyesalan, kutukannya itu boleh membawanya ke syurga.

3. Nafsu Muthmainnah. Nafsu yang biasanya dimiliki oleh orang-orang tua, ahli ibadat tetapi ia boleh dimiliki oleh sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya. Pemiliknya akan memasuki syurga.

Pemuda yang asyik beribadat, bermasyarakat secara bertanggungjawab tahu tugasnya sebagai seorang Islam, apa yang patut dilakukan dan sebaliknya. Mereka juga boleh memiliki (nafsu muthmainnah) seperti yang dimiliki mereka yang telah berumur.

Salah satu dari 7 golongan yang dilindungi panas di Padang Mahysar ialah Lelaki (pemuda) yang diajak atau diberi peluang oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan perbuatan yang terkutuk, pemuda tersebut menolaknya semata-mata kerana takutkan Allah SWT.

Penolakan itu sudah tentu besar ertinya, dimana pemuda yang biasa memilki nafsu ammarah yang sentiasa meruntun ke arah perkara-perkara yang digemarinya itu berjaya melepaskan dirinya dari runtunan nafsunya itu. Sudah tentu penghormatan untuknya amat besar, beliau melepaskan dirinya semata-mata disebabkan takut kepada Allah SWT. Maka perbuatan seperti itu tinggi nilainya pada Allah SWT. Beliau diberi tempat yang teduh, tidak terlibat dengan kepanasan matahari yang jaraknya lebih kurang sebatu darinya.

Dalam sebuah hadith disebut, Allah SWT gembira pemuda-pemudi yang bertaubat. Mereka yang masih muda, samada lelaki atau perempuan, nafsu mereka masih aktif. Jika ada diantara mereka yang bertaubat (kembali kepada Allah) dalam usia sedemikian, mereka amat disayangi oleh Allah SWT. Taubat mereka adalah lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan taubat orang tua dalam dosa yang sama. (Jame’ Soghir 1/284)

Dikirim dalam Artikel, Nafsu. 2 Comments »

2 Respons to “Pemuda dan nafsu”

  1. manaf Says:

    antara amalan2 yang dapat menundukkan nafsu selain puasa ada ke?

    • sulaiman Says:

      Selain puasa, terdapat hadith Rasulullah sa.aw. berkenaan cara membersihkan hati dan cara mendekatkan diri kepada Allah dan menundukkan nafsu melalui ibadat seperti sembahyang, zikir, juga memikirkan kebesaran Allah. Ilmu tarikat yang benar biasanya melatih muridnya berzikir, berpuasa sunat, sembahyang sunat dan memikirkan kebesaran Allah dengan melihat kehebatan Allah dalam setiap ciptaannya (sebagai tambahan kepada ibadat yang wajib)

      Sabda Rasulullah s.a.w, “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang sunat nawafil (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

      Rasulullah s.a.w bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya).Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

      Rasulullah saw. bersabda “Apabila seseorang itu kurang makan, penuhlah badannya dengan cahaya”. Allah swt akan melahirkan cahaya (nur) di dalam diri orang yang berpuasa dan memberinya kekuatan untuk mendampingi Allah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: