Pemuda yang dapat perlindungan dari panas di Padang Mahsyar

Pada hari Qiamat, dimana semua manusia dari zaman Nabi Adam AS, sampai ke zaman Nabi besar junjungan kekasih Allah SWT, termasuk semua jin biasa, jin yang terlalu jahat yang telah menjadi syaitan, dan semua jenis binatang akan dikumpulkan dengan qudrat (kuasa Allah SWT) yang telah mencipta mereka disatu Padang yang dikenali dengan Mahsyar (Padang yang dikumpulkan)

Sudah tentu amat ramai bilangannya, lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka bertelanjang bulat (hadith riwayat Bukhari dan Muslim, dari Siti Aisyah RA dan Abdullah Bin Masud) Tiada lagi perasaan malu diantara mereka. Kemudian diberi pakaian kepada mereka yang telah berjaya mentaati Allah SWT.

Hari tersebut adalah hari Jumaat, huru-hara di padang tersebut sukar hendak diceritakan. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

Hari itu jika ada ibu yang melahirkan anaknya ia akan melupai anaknya disebabkan huru-hara (dari ayat suci Al-Quran). Andai kata ada bayi yang dilahirkan di padang tersebut, mukanya telah bertukar menjadi muka orang tua. (dari ayat suci Al-Quran). Dan banyak lagi keadaan huru-hara yang tidak dapat dirakamkan.

Ketika itu ramai pemuda yang mendapat perlindungan dari kepanasan.

Dalam satu riwayat, 7 jenis manusia dilindungi iaitu:

(1) Pemimpin negara yang adil

(2) Pemuda yang menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah SWT (asyik dengan ibadatnya)

(3) Lelaki yang hatinya sentiasa mengingati masjid tempat solahnya. Selepas bersolah hatinya bercadang untuk datang lagi bersolah (pada waktu yang lain)

(4) Dua orang lelaki (atau wanita) yang menyukai diantara satu sama lain semata-mata kerana Allah SWT ketika bertemu dan berpisah

(5) Lelaki (wanita) yang mengingati Allah ketika berseorangan, berlinangan airmatanya

(6) Lelaki (pemuda) yang diajak oleh wanita yang berkedudukan serta cantik untuk melakukan persetubuhan, ditolak oleh pemuda tersebut dengan katanya “Aku takutkan Allah SWT”

(7) Lelaki (wanita) yang bersedekah secara sembunyi

Dikirim dalam Artikel. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: