Cuma istigfar untuk taubat

Nisaa [66] Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

Allah dan Nabi Muhammad s.a.w telah memberitahu syariat dan menunjukkan jalan untuk selamatkan kita. Cuma hukum berbeza dari zaman umat dahulu dan umat sekarang. Seperti ubat yang diberikan doktor berbeza kadar dan dosnya mengikut keseriusan penyakit, begitulah hukum Allah. Umat dahulu lebih degil, maka lebih keraslah hukumannya, misalnya kena bunuh diri untuk bertaubat :-

Baqarah [54] Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Umat Nabi Muhammad SAW hanya perlu beristigfar iaitu mengucapkan “Astagfirulah” untuk bertaubat, selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum, selagi matahari belum terbit di sebelah barat.

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” (Riwayat At-Tirmizi)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Rasulullah saw. bersabda: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat..

Dikirim dalam Taubat. 4 Comments »

4 Respons to “Cuma istigfar untuk taubat”

  1. awanaaasha Says:

    assalamualaikum ustaz,
    dlm surah al-baqarah ayat 54, bukankah maksud bunuh diri itu bermaksud membunuh jiwa yg dahuluny menyimpang dari kebenaran dengan kembali bertaubat kepada Allah SWT tetapi bukan membunuh diri..??

  2. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam,

    Yang saya belajar, hukum bunuh diri itu untuk umat Nabi Musa. Wallahua`lam.

  3. manaf Says:

    assalamu’alaikum..
    bagaimana dengan keadaan dimana seseorang yg bertaubat yakni beristighfar, namun dimasa yang lain dia itu masih melakukan maksiat,dan kembali beristighfar (bertaubat).. adakah taubat sebegitu diterima? sedangkan si pelaku itu merasa seolah-olah dia mempermainkan taubat.
    mohon pencerahan..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: