Sembahyang Qasar (2)

Sembahyang qasar ialah sembahyang fardhu 4 rakaat yang telah dipendekkan menjadi 2 rakaat. Sembahyang fardhu yang 2 rakaat dan 3 rakaat, tidak dibenarkan diqasarkan, kerana ia sudah pun pendek.

Hukum

Dalam mazhab Syafie sembahyang secara penuh adalah afdhal dan sembahyang qasar adalah harus. Dalam mazhab Hanafi pula, sembahyang qasar adalah wajib bagi orang yang musafir, kecuali jika mereka menjadi makmum kepada orang tempatan. Kedua-duanya membahaskan hadith “solah qasar adalah sedekah Allah swt”. Mazhab Syafie mengatakan bahawa sedekah hanyalah perkara yang sunat, tidak wajib. Mazhab Hanafi pula mengatakan zakat juga adalah sedekah, iaitu sedekah yang wajib.

Dalam mazhab Hanafi sesiapa yang sengaja sembahyang bersendirian secara penuh 4 rakaat ketika musafir, dia dikira berdosa kerana qasar adalah wajib.

Tujuan perjalanan

Mazhab Syafie dan Hambali membenarkan qasar sembahyang fardhu dengan syarat Musafir tersebut tidak bertujuan yang menyalahi hukum syarak, tetapi jika menyalahinya; qasar sembahyang fardhu tidak dibenarkan.

Dalam mazhab Hanafi, wajib qasar kepada semua orang Islam yang bermusafir, tanpa membezakan, di antara mereka yang bermusafir untuk sesuatu tujuan yang baik, dan yang tidak baik.

Berapa lama boleh qasar?

Dalam mazhab Syafie sekiranya berhasrat menetap di sesuatu tempat yang dituju tidak lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan balik).

Dalam mazhab Hanafi, mereka memilih yang pertengahan iaitu14 hari. (Nabi pernah melakukan sembahyang qasar sehingga 10,19, 20 hari.) Dalam mazhab Maliki pula boleh qasar selama 4 hari.

Boleh qasar sehingga setahun lamanya dalam kedua-dua mazhab sekiranya tidak dapat pulang ke tempat asal kerana ada halangan. Misalnya apabila cukup tempoh, mereka ingin balik tetapi ada halangan dan terpaksa menangguhkannya. Kemudian pada keesokkan harinya mereka ingin balik, tetapi masih ada halangan, sehinggalah setahun lamanya.

Bolehkah qasar bila balik kampung?

Dalam mazhab Syafie, apabila seseorang telah meninggalkan kampungnya lebih dari 2 setengah tahun, dia sudah tidak lagi menjadi orang tempatan dan batal status bermukimnya. (sepertimana nabi menqasarkan sembahyangnya di Mekah, walaupun Baginda berasal dari Mekah dan kemudian berhijrah ke Madinah)

Jarak perjalanan

Solah fardhu diqasarkan, jika bermusafir 54 batu (dalam kiraan Islam) atau 56 batu (dalam kiraan Inggeris) atau 90 km kiraan sekarang.

Bila boleh mula qasar?

Dalam mazhab Hanafi dan Syafie, setelah berjalan sejauh 90 km.

Bila habis qasar?

Dalam mazhab Syafie, hanya boleh qasar semasa dalam perjalanan dan habis peluang untuk qasar apabila sampai tempat dituju (mengikut perbuatan Siti Aisyah r.a. yang sembahyang penuh bila tiba di Mekah kerana beliau mengatakan itu adalah rumah anaknya; beliau adalah ibu semua orang Islam).

Dalam mazhab Hanafi masih boleh qasar walaupun sudah sampai ke destinasi (mengikut amalan nabi qasar semasa di Mekah, bermusafir dari Madinah. Baginda menyuruh makmum tempatan yang sembahyang di belakangnya menyambung lagi 2 rakaat setelah baginda memberi salam).

Wahai penduduk negeri (Mekah), Solatlah 4 raka’at kerana kami orang musafir.(Al-Hadith)

Qadha sembahyang yang ditinggalkan ketika musafir
Dalam mazhab Syafie, mesti qadha 4 rakaat bagi sembahyang yang ditinggalkan ketika musafir kerana ia hanyalah afdhal sahaja. Dalam mazhab Hanafi cuma perlu qadha 2 rakaat kerana hanya 2 rakaat yang wajib ketika bermusafir.

18 Respons to “Sembahyang Qasar (2)”

  1. moufyiedarz Says:

    Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya satu persoalan. Dalam mazhab Syafie ada menyatakan, sekiranya berhasrat menetap di sesuatu tempat yang dituju tidak lebih dari 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan balik).

    Dalam kes saya ini, saya telah meninggalkan kampung untuk belajar kira-kira mulai tahun 1996. Tetapi saya akan balik ke kampung sekurang-kurangnya setiap bulan satu kali. Ada pada masanya saya hanya pulang ke kampung dalam 2 hari, dan ada kalamya saya pulang ke kampung sehingga 2 ke 3 minggu. Ibu mengatakan saya layak untuk solat jama’ qasar di kampung, tetapi tidak melebihi 3 hari.

    Persoalan saya,

    1. Bolehkah saya sembahyang jama’ qasar di kampung sayasedangkan saya akan melawat ibu saya pada tiap-tiap bulan?

    2. Bolehkah solat jama keraran destinasi yang ingin dituju telah sampai? (Rumah saya di bandar menuju ke destinasi(kampung)?

    3. Adakah mukim saya telah dikira batal di kampung.

    4. Jika lebih dari 3 hari, tetapi kita hanya melanjutkan ke 4-5 hari, tetapi sebenarnya tiada halangan, tambahan 1-2 hari itu hanya atas tujuan yang biasa, seperti ingin menambah waktu bersama keluarga, atau menolong melakukan satu pekerjaan.

  2. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam

    1. Tiada syarat yang melarang jamak atau qasar walaupun balik kampung setiap minggu.

    2. Kalau mengikut pendapat mazhab Syafie tidak boleh jamak apabila sampai ke destinasi. Mazhab Hanafi boleh qasar walaupun sudah sampai(tapi tiada jamak dalam mazhab Hanafi).

    3.Dalam mazhab syafie batal status bermukim setelah meninggalkan kampung lebih 2 tahun setengah.

    4.Kalau sudah tahu dari awal, (sudah plan dari awal) tak bolehlah. Dalam mazhab Hanafi boleh qasar sehingga 15 hari, walaupun balik kampung sendiri, cuma tiada jamak dalam mazhab Hanafi.

  3. firdaus Says:

    Asalammualaikum….
    ustaz jadi solat qasar je la yg boleh dibuat ketika bermukim 3 hari (tidak termasuk pergi dan balik)……manakala jamak tidak boleh dibuat ketika bermukim…hanya sepanjang perjalan bermusafir je la ye..setelah sampai ke tempat tujuan tu…tidak sah utk buat jamak cuma dibenarkn Qasar je…..hmm..betuk ke permahamn sy ni…minta tunjuk ajar ustaz..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Itu ikut mazhab Hanafi la (boleh qasar sampi 14hari)..
      Kalau ikut Syafie masih tidak boleh qasar kalau bermukim lebih 3 hari (tidak termasuk pergi dan balik)

  4. firdaus Says:

    (sambungan diatas)..hehehe…sory ustaz….saya x perasan ni ustaz tengah terangkan pasal qasar…bagaimana dgn jamak???

    • sulaiman Says:

      Jamak pun samalah.
      Cuma mazhab Hanafi tidak ada solat jamak.
      Mazhab Syafie cuma boleh jamak ketika bermukim 3 hari (tidak termasuk pergi dan balik)

      • firdaus Says:

        bagaimana pula kalau saya bermusafir dgn niat nak bermukim lebih 3 hari….bolehkah saya membuat solat jamak dan qasar semasa dalam perjalanan pergi dan balik sahaja???….ketika sedang bermukim saya akan membuat solat fardhu…….macamana tu ye ustaz??

      • sulaiman Says:

        Ye betul, semasa dalam perjalanan boleh jamak dan qasar, bila tiba ke destinasi solat macam biasa.

  5. zim Says:

    Assalamualaikum, ingin bertanya berkenaan mazhab. bolehkan kita mengikut mazhab lain walaupun di negara kita ini bermazhab syafi’e, bkn berdasarkan konteks pilih yang senang tetapi disebabkan kita belajar..

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,
      Boleh. Ulama mazhab Syafie kata kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah (yang sempurna susunan hukumnya), yang muktabar (iaitu 4 mazhab yang besar), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid (ikut) kepada mazhab yang dia buat.

  6. badrul Says:

    as salam ustad,

    katakan seseorang tu akan mufasir lebih 90km.Adakah benar pendapat menyatakan dia boleh jamak dan qasar sebelum mencapai jrak perjalanan musafir 90km? Juga adekah benar pendapat mengatakan beliau masih boleh jamak dan qasar setelah sampai destinasi mukim selagi tak sampai rumah?

    ws

  7. Tanpa Nama Says:

    assalamualaikum ustaz..
    sy bekerja sbg jurutera atas kapal yg belayar di laut..kalu berlabuh di pelabuhan pun sekadar sehari dua sahaja..dan tempoh sy berada di kapal biasanya melebihi 6 bulan..soalan sy..bolehkah sy qasar solat sy sepanjang masa sy di kapal? terima kasih

  8. Tanpa Nama Says:

    Dalam mazhab Syafie, hanya boleh qasar semasa dalam perjalanan dan habis peluang untuk qasar apabila sampai tempat dituju (mengikut perbuatan Siti Aisyah r.a. yang sembahyang penuh bila tiba di Mekah kerana beliau mengatakan itu adalah rumah anaknya; beliau adalah ibu semua orang Islam).
    *salam,tmpng tny,dr sumber mane dpt pnytaan ni ye?

  9. Syah Says:

    Dalam mazhab Syafie, hanya boleh qasar semasa dalam perjalanan dan habis peluang untuk qasar apabila sampai tempat dituju (mengikut perbuatan Siti Aisyah r.a. yang sembahyang penuh bila tiba di Mekah kerana beliau mengatakan itu adalah rumah anaknya; beliau adalah ibu semua orang Islam).

    *salam,nk tny sket,drpd sumber mane ye yg mgatakn sbgini?mkneny bile dh smpi tmpt yg dituju kte xblh qasar,btl?tp nape imam syafie bg tempoh 3hari?

    • sulaiman Says:

      Dalam mazhab Syafie pun ada perbezaan antara ulama-ulama Syafie. Ada dua pendapat, satu yang mengatakan hanya boleh qasar dalam perjalanan dan satu lagi boleh qasar selama 3 hari.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: