Mukmin dukacita bila buat jahat

Seorang mukmin akan berdukacita dan menyesal setelah melakukan sesuatu kejahatan:-

Apabila kebaikan mengembirakan kamu, dan kejahatan mendukacitakan kamu, maka itulah tanda kamu seorang mukmin (Riwayat Ad-Dhiya melalui Abu Umamah)

Dalam satu kisah, ada seorang yang disoal tentang kejahatannya semasa perbicaraan di Hari Kiamat. Setelah ditanya apakah dia telah melakukan kejahatan seperti yang ditunjukkan, dia mengaku dan berkata:

Ya Allah, aku buat benda jahat ni bukan kerana aku nak melawanmu, tetapi kerana aku bergaul dengan orang-orang yang tidak baik. Sekiranya ada orang baik dan orang jahat yang minta tolong dariku, aku akan utamakan orang yang baik

Akhirnya Allah memaafkan kesalahannya dan dia dimasukkan ke dalam syurga.

Salah satu tanda akhir zaman ialah seseorang itu dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya. Berbeza dengan zaman dahulu, seseorang dihormati kerana kebaikannya.

Jangan gembira dengan kejahatan dan dosa kita. Ia akan menimbulkan titik-titik hitam di dalam hati.  Menyesal atas perbuatan jahat itu tanda iman dan kalimah syahadah dalam diri kita masih hidup, mantap, kental dan masih ada “power”. Sekiranya telah terlanjur melakukan kejahatan, lakukanlah kebaikan untuk menghapuskan dosa kejahatan itu.

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

“Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Termizi dan Ahmad)

Dikirim dalam Taubat. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: