Rukun Islam 5 perkara

Hadis Ibnu Umar r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

1) Mengesakan Allah iaitu “naik saksi” atau mempertahankan bahawa Allah ialah tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya. Sebagai pesuruh, nabi hanya menyampaikan apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan. Begitulah amanahnya Nabi kita.

2) Sembahyang lima waktu sehari semalam, 17 rakaat setiap hari. Semua sembahyang fardhu adalah “hak Allah” atau syariat yang wajib dikerjakan. Selain itu ada juga sembahyang sunat yang diajar oleh Nabi kita untuk menampung kekurangan sembahyang fardhu.

3) Zakat hanya wajib pada duit yang datang dari sumber yang halal sahaja. Allah telah menjanjikan bahawa orang yang mengeluarkan zakat akan bebas dari neraka.

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa;[18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,

4) Haji wajib apabila ada duit yang halal, sihat tubuh badan dan aman perjalanan. Bagi perempuan ditambah satu syarat lagi iaitu bila ada mahram seperti suami atau keluarga terdekat. Sahabat juga pernah bertanya kepada Nabi tentang berapa kalikah wajibnya ibadat haji, jawab Nabi cuma sekali seumur hidup.

5) Puasa pula hanya wajib sebulan pada bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.”

Intipati Islam

Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang apa itu Islam. Jawab Nabi “Islam itu serah hati kepada Allah dan selamatkan orang Islam lain dari mulut yang celupar dan perbuatan yang tidak senonoh”. “Serah hati kepada Allah” ialah “fikir hak Allah”, bagaimana hendak berkempen menarik orang kepada Allah. Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan anggota lain untuk menyakiti orang Islam yang lain. Ringkasnya intipati Islam ialah menjaga hubungan baik dengan Allah dan juga dengan orang Islam yang lain.

Orang yang menerima rukun Islam adalah selamat

Daripada lbnu ‘Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta’ala. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Menjaga hubungan sesama Islam

Pernah Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa siang hari dan di malam harinya sembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.”

2 Respons to “Rukun Islam 5 perkara”

  1. Faham, tapi… (Vol. 1) | Fatamorgana Kehidupan Says:

    […] Rukun Islam | Hadis Ibnu Umar r.a:Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: