Allah yang menjadikan langit dan bumi

Yunus [3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa …..

Di dalam ayat yang lain, Allah tahu semua yang keluar atau masuk ke bumi dan semua yang turun atau naik ke langit. Setiap amalan baik atau tidak baik dibawa malaikat naik ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah. Rezeki dan hujan pula diturunkan oleh malaikat dari langit.

Al-Hadid [4] Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Allah mencipta langit dan bumi, semua makhluk tanpa contoh dan tanpa membuat ‘draft’ terlebih dahulu, ia terus menjadi:-

Al-Baqarah [117] Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.

Al-Anam [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Ulama berbeza pendapat tentang tempoh penciptaan bumi dalam enam masa. Ada yang mengatakan 6 hari, ada mengatakan 6 zaman dan ada yang mengatakan 6,000 tahun kerana di Padang Mahsyar 1 hari di sana sama dengan 1000 tahun di sini.

Langit dan bumi terdiri dari 7 lapisan.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Bukti langit berlogam:-

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak

Diceritakan langit juga boleh dilipat-lipat:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Advertisements

2 Respons to “Allah yang menjadikan langit dan bumi”

  1. kahazmi Says:

    Subhanallah … maha suci Allah

  2. nurruzainimohdnasir Says:

    assalamualaikum,, boleh terangkan secara detail bagi setiap petala tersebut?? terima kasih.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: