Soalan tentang sumpah

Sebagai Ustaz yang berkelulusan mufti, bolehkah Tuan Guru beri hukum berserta dalil ke atas sumpahan yang dibuat oleh Saiful Bukhari kerana terdapat banyak percanggahan ulama dan mufti-mufti terhadap kes ini?

Jawapan:

Dalam Islam terdapat 2 jenis sumpah, iaitu sumpah yang terpakai (sah) dan sumpah yang tidak terpakai. Sumpah yang terpakai pula terbahagi kepada 2 iaitu samada sumpah di atas perkara yang baik atau sumpah di atas perkara yang tidak baik. Sumpah yang tidak terpakai pula ialah sumpah lagha.(akan diceritakan lebih lanjut dibawah)

Syarat sumpah: lafaz dan niat

Lafaz sumpah mesti menggunakan salah satu dari 3 kalimah sumpah iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

Setiap lafaz sumpah itu perlu disertai dengan niat, tanpa niat ia tidak sah dan cuma sekadar lafaz sumpah sahaja.

Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar

Jenis-jenis Sumpah

Sumpah yang terpakai (sah)

1) Sumpah di atas perkara yang baik

Misalnya mengatakan “Wallahi aku tidak akan menonton rancangan hiburan lagi selepas ini” dan disertai dengan niat untuk bersumpah.

Jika tidak disertai niat untuk bersumpah tetap tidak dikira sebagai sumpah.

Sekiranya tidak dapat melakukan perkara baik yang terkandung dalam sumpah itu, hendaklah membayar kifarah (denda) samada 3 hari berpuasa atau memberi makan 10 orang miskin.

2) Sumpah di atas perkara yang tidak baik

Sumpah di atas perkara yang tidak baik adalah haram. Allah melarang bersumpah untuk perkara yang tidak baik.

Baqarah [224] Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

Misalnya bersumpah untuk tidak bertegur sapa dengan mengatakan “wallahi aku tidak bercakap dengan Ahmad sampai bila-bila“.  Sebaliknya didapati bertegur sapa itu lebih baik untuk silaturrahim dan berdosa tidak bertegur sapa sesama Islam melebihi 3 hari.

Sumpah atas perkara yang tidak baik dikenakan kifarah (denda) 3 hari berpuasa atau memberi makan 10 orang miskin untuk membatalkan sumpah itu. Juga hendaklah batalkan sumpah dengan membuat perkara yang bertentangan iaitu perkara yang lebih baik misalnya dengan kembali bercakap dengan Ahmad. Jangan kekalkan sumpah tersebut. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:-

Siapa yang bersumpah untuk tidak melakukan sesuatu, kemudian dia melihat hal lain yang lebih baik dari hal tersebut, maka hendaklah dia membayar kifarah sumpahnya, lalu mengerjakan hal yang lebih baik itu.” (Riwayat Ahmad)

Sumpah yang tidak terpakai

Sumpah lagha

Sumpah yang tidak dimaksudkan untuk bersumpah. Tidak berdosa sumpah seperti ini, dalilnya seperti ayat 225 surah Al-Baqarah di atas.

Terdapat perbezaan tentang definisi sumpah lagha di antara mazhab Syafie dan Hanafi.

Mazhab Syafie: Lafaz sumpah tetapi tidak diniatkan untuk bersumpah seperti kebiasaan orang Arab atau Afghan berkata “Wallahi” (Demi Allah). Misalnya seorang Arab mengatakan “wallahi, ini minyak attar“. Pada orang Arab minyak attar adalah minyak wangi, sedangkan orang Melayu menyangka minyak attar itu minyak yang tiada alkohol. Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Mazhab Hanafi: bersumpah diatas keyakinan hati benda itu betul tapi pada hakikatnya benda itu tidak betul. Misalnya kita tengok seseorang di satu tempat. Kita yakin orang itu ada disitu pada masa itu padahal sebaliknya (orang lain yang serupa berada disitu). Misalnya dengan berkata “Wallahi saya nampak Ahmad di KLCC pukul 5 petang tadi”.(padahal yang dilihat itu adalah orang lain yang seiras). Tidak berdosa sumpah seperti ini.

Kesimpulan

Hanya sumpah di atas perkara yang baik yang sah dan terpakai. Syaratnya ialah lafaz sumpah mesti ada kalimah sumpah dan disertai dengan niat untuk bersumpah.

Selain itu, kita juga tidak mengetahui apakah lafaz sumpah saudara Saiful itu disertai dengan niat untuk bersumpah atau sekadar kata-kata sahaja. (Rujuk Al-Baqarah 225)

Dikirim dalam Kemusykilan. 70 Comments »

70 Respons to “Soalan tentang sumpah”

  1. awanaaasha Says:

    assalamualaikum ustaz,
    sekiranya melanggar sumpah, dikehendaki berpuasa 3 hari. Adakah puasa ini berturut2 dan bagaimana niat puasa ini.

    • Tanpa Nama Says:

      salam ustaz saya nak tnye , jika saya sumpah demi allah yang saya tidak akan mesej seseorg tu , tetapi saya mesej juga , mcm mne tu ustaz ?

  2. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam,

    Setengah ulama kata berturut-turut, setengah kata tidak perlu berturut. Niat dalam bahasa melayu pun boleh ..aku puasa esok hari untuk kifarah sumpah kerana Allah Taala.

  3. syafiqz Says:

    salam ustaz,
    semasa zaman saya jahil dulu, saya pernah bersumpah dengan nama Allah sebanyak dua kali atas sebab yang terlalu peribadi untuk dinyatakan di sini.Dan saya telah melanggar kedua-dua sumpah tersebut.Soalan saya ialah bagaimanakah untuk membayar kifarah dua sumpah tersebut?Sebagai contoh jika berpuasa, adakah saya harus berpuasa selama enam hari atau sekadar tiga hari sahaja?

    • sulaiman Says:

      Salam,

      2 kali sumpah maka 6 hari atau 20 orang makan (boleh bayar kepada pusat zakat).

      Boleh pilih samada beri makan kepada 10 orang miskin atau puasa 3 hari (setengah kata berturut-turut, setengah kata tidak perlu berturut).

  4. syafiqz Says:

    salam ustaz,adakah sah jika bersumpah atas benda yg harus…sbgai contoh bersumpah utk tidak memakan nasi?

  5. sulaiman Says:

    Salam. sah jika cukup syaratnya, tapi tak perlulah bersumpah benda macam tu.

  6. roja Says:

    salam ustaz.

    ucapan ‘sumpah Demi Tuhan’, adakah sah di dalam sms?
    adakah dikira bersumpah?

  7. sulaiman Says:

    Tidak sah. Lafaz sumpah mestilah dalam bahasa Arab yang menggunakan huruf-huruf sumpah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

  8. amani Says:

    assalamualaikum ustaz,
    saya nk tanya,dulu saya pernah bersumpah di
    atas pusara arwah kekasih saya,bahawa dialah yang terakhir dlm hidup saya,takkan ada yg lain,tapi setelah 4 thn berlalu dan hati saya terbuka untk org lain,selalu saja hbungan tu putus..ada org kata sumpah tu benar terjadi.ada org kata badi sbb bersumpah di atas tanah kubur yg masih merah.tapi saya tidak ada lafaz perkataan ‘wallahi,wabillahi,wattallahi’.
    tolong saya,terima kasih.

    • sulaiman Says:

      Itu bukan sumpah, hanya sekadar janji.
      . Lafaz sumpah mestilah dalam bahasa Arab yang menggunakan huruf-huruf sumpah yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.

  9. zaid Says:

    salam ustaz.. saya ada bersumpah dgn isteri saya “wallahi”, saya tidak sms dgn perempuan lain, tetapi saya tidak berniat sumpah. Sahkah sumpah saya dan perlukan saya membayar kifarah. terima kasih

    • sulaiman Says:

      Salam, tidak sah sumpah jika tidak disertai niat.
      Baqarah [225] Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu yang tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi Dia mengira kamu bersalah (dan akan mengenakan hukuman) dengan sebab sumpah yang diusahakan (disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah) dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar

  10. Siti Aisyah binti Ayob Says:

    Assalamualaikum ustaz….salah satu kifarah sumpah adalah dengan memberi makan 10 orang miskin dan ianya boleh ditukar dalam bentuk wang ringgit mengikut nilai. bolehkan dibank inkan duit tersebut kepada orang miskin. ini kerana banyak rancangan yang memaparkan kehiodupan orang miskin dan dipaparkan no akaun mereka.

    soalan ke-2 . ..adakah anak-anak yatim di pusat jagaan tergolong dalam orang miskin.? orang-tua-tua di pusat jagaan juga orang miskin?

    • sulaiman Says:

      Lebih afdhal diberi makan kerana dalam hadith disebut beri makan dan bukannya beri wang.
      Anak yatim bukan golongan miskin kerana mereka belum cukup umur dan tidak mempunyai tanggungan.
      Nilai kaya di sisi Islam ialah orang yang mampu membayar zakat. Sekiranya orang tua itu mampu membayar zakat merek bukan orang miskin.

  11. Fatehah Says:

    Assalamualaikum ustaz, apa hukumnya jika bersumpah seperti “Wallahi, saya tidak melakukannya.” yang bertujuan untuk menutup aib dirinya daripada dimalukan dihadapan orang ramai? *Aib yang dimaksudkan bukanlah maksiat besar.

  12. Anip Says:

    Salam ustaz. Saya ingin bertanya.. Sya pernah bersumpah pada diri saya sdri.. (Sya bersumpah atas nama tuhan dan nama kedua ibubapa sya yg saya tak akan kembali dgn dia lagi) adakah sumpah ini sah tanpa menyebut nama allah dan niat..

  13. ZAN Says:

    SALAM USTZ. SAYA PERNA BERSUMPAH DAN BERKATA WAALLAHI WABILLAHI KETIKA MEYAKIN SESEORANG BAHAWA SAYA TIDAK BERCAKAP BOHONG. TETAPAI KATA SAYA TU TERLEBIH DARI JUMLAH SEBENAR CONTOH 1000 SAYA TERCAKAP 1000 LEBIH. ADAKAH KAH SAYA SUMPAH SAYA DIKENAKAN KIFARAH

  14. ita Says:

    assalamualaikum ustaz..
    sy prnah brsumpah dg nme Allah dg kekasih dlm sms bhwe sy tak akan hbungi lagi die dan ptus.. tetapi sy brsumpah ktike sy marah dan bremosi tnpa lafaz wallohi atau watallohi atau wabillahi..?? tapi sy mlanggar smpah dg kmbli smula dg die..
    adkah sumpah sy dikira sah dan perlu mbayar kifarah sumpah..?? trime ksih ustaz..

  15. terang Says:

    Salam Ustaz. Ingin pencerahan dari Ustaz.
    Pernah bersumpah dgn lafaz “Dengan Nama Allah, Lillahi Ta’ala, saya tidak akan buat lagi” termasuk niat.
    1. Sah kah sumpah tersebut.?
    2. Kalau sah, boleh kah terus berpuasa 3hari berturut2 untuk bayar kifarah.
    wasalam

  16. Tanpa Nama Says:

    salam ustaz saya ingin bertanya , saya telah bersumpah dan menyebut wallahi bahawa sya tidak pernah melakukan perkara itu bertujuan untuk menutup aib saya .tetapi saya perbah melakukannya dan saya sudah bertaubat untuk tdak melakukannya.. dan saya telah bersumpah kepada seseorang bahawa sya tdk pernah melakukannya ianya bertujuan untuk menutup aib saya .. adakah saya berdosa ?

  17. firdaus Says:

    salam…saya ade brsumpah utk x buka apa2 lmn web yg x baik..tp sy dh trbabas buka..sy brsumpah dgn bahasa melayu je tnpa guna bhasa arab….adakah prlu kifarah…wasalam

  18. yaya Says:

    salam…kalau bersumpah tapi tidak benar untuk selamatkan rumah tangga?saya dipaksa bersumpah oleh suami sy menggunakan quran tetapi tanpa niat dalam hati…..sy menganggap ianya hanya sekadar percakapan sahaja apakah hukumnya…… …

  19. ma'e Says:

    apa maksud sebenar waAllahi, wabillahi dan wattallahi dalam bahasa malaysia

  20. Omar Alan K-Az Says:

    Assalamu’alaikum. Saya ada beberapa pertanyaan:

    1. Dikatakan bersumpah mesti ada sebut “Wallahi, wabillahi, watallahi”. Bagaimana pula jika seseorang bersumpah terus kepada Allah dengan mengatakan “Ya Allah, aku bersumpah kepada Mu bahawa aku…”. Dalam sumpah tersebut tak ada “Wallahi, wabillahi, watallahi”. Namun sumpah tu bukan sesama manusia, tetapi antara pelafaz sumpah dan Allah. Adakah sumpah itu tetap sah kerana dilafazkan kepada Allah secara terus walaupun tanpa menyebut “wallahi, wabillahi, watallahi”?

    2. Seseorang itu bersumpah untuk meninggalkan satu perkara kerana disangkakan haram perkara tersebut. Setelah bersumpah barulah dia tahu bahawa perkara tadi itu harus. Jadi bolehkah pelafaz sumpah melanggar sumpahnya kerana terkeliru, salah maklumat dan sebagainya?

    3. Apakah dalil yang mewajibkan kalimah “wallahi, wabillahi, watallahi” ketika bersumpah?

    Harap saudara boleh memberi jawapan tepat secepat mungkin. Terima kasih.

    • Omar Alan K-Az Says:

      Assalamu’alaikum. Mohon ustaz memberi penjelasan ke atas soalan-soalan saya di atas.
      Saya juga ada baca di laman web lain yang menyatakan sah sumpah yang menyebut “demi Allah”, tak wajib guna kalimah Arab iaitu “wallahi, wabillah, watallahi”. Jadi yang manakah lebih tepat sebenarnya?

      Harap ustaz boleh memberi jawapan tepat secepat mungkin. Terima kasih.

      • sulaiman Says:

        Waalaikummussalam.. ilmu kami begitulah.. sampai disitu sahajalah..

      • mohdk Says:

        Salam ustaz, saya nak tanya…saya bergaduh dengan kekasih saya tetapi saya bersumpah menggunakan nama ibu dalam keadaan tidak waras….tetapi saya berniat…macamana tu???

        Soalan kedua, ada sesetengah sumpah yang tidak perlu membayar kifarat contohnya seperti tidak menggunakan perkataan wabilahi..tetapi adakah itu dikira dosa???

      • sulaiman Says:

        1. Bagaimana lafaz sumpah itu?
        2. Dosa jika ada pembohongan.

      • sulaiman Says:

        Tidak sah bersumpah guna nama ibu,

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam..

      1. Itu bukan sumpah, cuma azam.
      2. Ini juga azam untuk meninggalkan sesuatu.
      3. Perlu dirujuk kepada Tuan Guru.. Saya cuma dengar daripada dia sahaja.

  21. Shazuan Says:

    Salam Ustaz..
    Saya pernah bersumpah atas nama arwah ibu dgn mengatakan tidak berbuat sesuatu sedangkan saya buat.Tetapi tdk dilafazkan dgn wallahi..watawallahi dsb.Ini semua demi menjaga sesuatu perhubungan.Apa terjadi pada arwah dan apa perlu saya lakukan?

  22. Nazarnor. Says:

    As’salamualaikum ustaz..
    Saya ingin betanya,kawan saya dalam belima..Suaminya meninggal.dipankuannya..sebelum suaminya meningal,dia ada bepesan dan menyuruh kawan saya besumpah dihadapan dia,sebelum dia.menghumbuskan nafas terakhir dia menyuruh kawan saya besumpah takan cari yang lain kerana tidak.mahu.kasih sayang bepaling pada yang lain.kawan sayapun setuju dan besumpah tidak.akan cari yang lain seperti.mana yang dimahukan….Selepas 2 tahun pemergiam dia hati kawan saya berbuka untuk membenana. perkhawinan kali ke 2,tetapi bila di ingatkan sumpah yang telah diucapkan hati dia merasa serba salah,sedangkan dia juga perlu memikirkan masa depan dia..jika dia.berkhawin

  23. nurainn Says:

    Assalamualaikum. Zaman sekarang ni banyak mesej2 berantai yang menulis ayat2 spt bersumpah kerana Allah dan kalau mesej tersebut tidak disampaikan kepada org lain kita akan ditimpa musibah. Apakah hukum jika kita membaca sumpah tersebut tanpa niat? Harap ustaz dapat jawab :)

  24. nabila Says:

    salam.ustaz sya penah bersumpah ats nama ibu sya
    yg sya x akn berhubung dgn mana2 lelaki..tpi sya x niat kn..adakah sya perlu berpuasa..??

  25. firdaus Says:

    assalam ustaz,boleh tak kita menunda tempoh sumpah sbb saya pernah sumpah macam ni ‘wallahi aku tak akan buat perkara itu sehingga 2 minggu..’soalan saya,boleh kah menunda tempoh dua minggu itu untuk bulan depan atau,tahun depan? mohon penjelasan ustaz

  26. Salleh Says:

    salam ustaz,

    saya beristeri dua. setelah isteri pertama mengetahui saya berkahwin satu lagi dia minta saya ceraikan isteri kedua. saya ceraikan isteri kedua di telefon di hadapan isteri pertama tanpa niat untuk menceraikan isteri kedua.saya seperti terpaksa melafazkan cerai itu untuk menjaga hati isteri pertama saya. then saya rujuk isteri kedua saya. dan isteri pertama saya selalu meminta saya bersumpah dengan nama allah yang dia sorang sahaja isteri saya. saya terpaksa and takde niat untuk melafazkan sumpah. saya terpaksa bersumpah untuk memuaskan hati isteri pertama dan untuk menjaga rumah tangga kami.

    Adakah sah sumpah saya ustaz. Saya rasa banyk berdosa dengan Allah.
    minta ustaz jelaskan

    • sulaiman Says:

      Bergantung.. samada saudara ada melafazkan lafaz sumpah samada wallahi atau wabillahi atau watallahi…jika ada maka sah.. tidak perlu cerai isteri jika saudara mampu jaga keduanya.

    • sulaiman Says:

      Salam..tidah sah:
      1) Lafaz sumpah mesti menggunakan salah satu dari 3 kalimah sumpah iaitu “wallahi”, “wabillahi” dan “wattallahi”.
      2) Setiap lafaz sumpah itu perlu disertai dengan niat, tanpa niat ia tidak sah dan cuma sekadar lafaz sumpah sahaja.

  27. mohd syafiq Says:

    salam ustaz , Mohon ustaz memberi penjelasan ke atas soalan-soalan saya
    saya pernah menghantar mesej kepada seseorg , saya katakan , sumpah demi allah saya tidak akan mesej die , tetapi xlama tu saya mesej juga , mcm mne tu ustaz ?

  28. Azaman Says:

    Assalam Ustaz. Saya memberitahu org atasan supaya menukar pekerja ini ke bahagian lain kerana sikapnya yg suka merungut dan menjadi dalang dgn pekerja2 lain. Pertukaran itu berjaya namun dia membuat surat tomahan mengatakan saya yg menyebabkan dia ditukar. Apabila sya membaca surat tomahan itu saya yakin dan percaya surat itu dia yg buat dan berjumpa dengannya dan berkata dihadapannya dgn niat Wallahi, wabillahi, watallahi, mari pergi mana2 masjid kita junjong Quran dan bersumpah jika bukan kamu yg buat surat itu biar Allah yg laknat aku, dan jika bukan kamu biar Allah laknat kamu. Soalan saya :- 1) Sahkah sumpah saya. 2) Macamana jika sumpah saya itu bukan dia yg buat surat itu. Mohon penjelasan.

    • sulaiman Says:

      1. Lafaznya sah jika disertai niat. tidak sah jika hanya sekadar lafaz.
      2. Dalam Islam, sumpah ingkar yang dibolehkan iaitu sumpah yang dilakukan oleh pihak yang dituduh untuk menafikan tuduhan itu dan yang dibolehkan bersumpah adalah hanya dalam kes lian (tuduhan zina antara suami isteri).

  29. wawa Says:

    Asalamualaikum ustaz
    sy nk tye
    saya pernah bersumpah dgn mak ayah sy yg sy x akn brhubung dgn kekasih sy ..saya ucapkan kn tobat sy xkn hubungi dia lgi.. tpi malang nya sy masih berhubg dgn dia..adakah sumpah sy itu sah..tpi sy sumpah dgn tidak rela hati

  30. adilah Says:

    Ustaz adakah sah sumpah saya jika saya mengatakan begini hamba janji ya Allah atau hamba sumpah YA Allah takkan kutuk org lagi jika hamba kutuk hamba akan menimpa kecelakaan adakah perlu membayar kifarah jika tidak dpt menunaikannya

    • sulaiman Says:

      Itu bukan sumpah.. cuma azam

      • adilah Says:

        Walaupun saya ada niat bersumpah atau berjanji ke ustaz

        Ustaz apa pandangan ustaz mengenai jika membayar kafarah melanggar sumpah dgn memberi makan 10 orang miskin. Jika seseorang itu belum bekerja dan dia merasa sayang untuk menggunakan simpanannya dan dia juga merasakan susah untuk mencari 10 orang miskin untuk diberi makan adakah itu dikira tidak mampu untuk memberi makan kepada org miskin dan dia membayar kafarah sumpah hanya dgn berpuasa 3 hari.

      • sulaiman Says:

        Saudari tidak melafazkan lafaz wallahi atau watallahi atau wabillahi..maka tidak dikira sumpah..
        Diberi pilihan samada puasa atau beri makan utk kifarah sumpah.

  31. adilah Says:

    ustaz bagaimana pula jika lafaz saya hamba janji/sumpah padaMu ya Allah takkan kutuk org lagi jika tidak hamba akan menimpa bala adakah ia juga tidak dikira sebagai sumpah tetapi azam

    bolehkah seseorang itu membayar kifarah dengan berpuasa walaupun dia mampu memberi 10 org miskin makan ustaz?

    ustaz adakah sah juga sumpah dengan Allah jika saya bersumpah kerana harapkan sesuatu.cthnya dulu saya penah batuk teruk ustaz kerana saya slalu minum ais, saya pon bersumpah/berjanji dgn menggunakan nama Allah swt tidak akan minum ais lagi. Saya bersumpah kerana takut saya akan batuk teruk balik. Mohon pandangan ustaz

  32. bulan Says:

    Asalamualaikum ustaz
    saya nak tanye berkenaan sumpah jika dilafaskan seperti berikut ” Demi Allah yg sy x akan terima awak lagi”
    adakah sumpah itu sah sekiranya berlaku dalam keadaan marah?
    ucapan tersebut dibuat tanpa niat tapi atas dasar marah semata2….

  33. kin Says:

    Kalau sesorg itu bersumpah die tak ambil duit itu dan ckp demi Allah kalau Bersalah die keluar islam..


Tinggalkan Jawapan kepada amani Batal balasan