Rukun Iman

Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud: ” Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya…” ( Riwayat Muslim )

Daripada 6 rukun iman ini, 4 adalah perkara yang ghaib dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah). Iman itu letaknya di hati.

1. Beriman kepada Allah.

Oleh kerana kita tidak mengenal Allah secara zahir, maka kita hanya boleh mengenalinya melalui sifat-sifatnya. Misalnya melalui belajar sifat 20 atau sifat 13.

Allah itu Wujud iaitu ada, ada yang “sediakala” dari dulu lagi (Qidam), dan adanya Allah itu kekal selama-lamanya (Baqa‘). Adanya Allah itu tidak serupa dengan makhluk (Mukholafatuhu lil hawadis). Adanya Allah itu dengan sendiri (Qiyamuhu bi nafsihi) dan Allah itu tunggal (Wahdaniyyah), pada zahir dan pada akal manusia, yang memiliki sifat-sifat yang lain yang baik dan sempurna. Mustahil Allah memiliki sifat yang tidak sempurna seperti buta.

2. Beriman kepada Malaikat.

Ulama berpendapat setiap manusia ada 5 malaikat. Hanya Allah yang mengetahui bilangan malaikatnya

Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. [Al-Muddathir 31]

3. Beriman kepada Kitab-Kitab. Terdapat 4 buah kitab yang wajib dipercayai iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Kesemuanya benar cuma yang terpakai sekarang ialah Al-Quran.

4. Beriman kepada Rasul. Dari 124,000 nabi, 313 adalah Rasul dan 5 adalah Ulul-Azmi (boss besar).Tugas rasul adalah berdakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kejahatan.

Al-Ahqaf [31] Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

5. Beriman kepada Hari Kiamat. Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dibicarakan di Mahkamah Allah setelah dibangkitkan semula dari kematian.

6. Beriman kepada Qadar baik dan buruk.

Qadar takdir ialah ketetapan Allah, secara mudahnya ia seperti pelan rumah. Qadha pula ialah perlaksanaan qadar takdir itu, secara mudahnya pembinaan rumah mengikut pelan yang telah diluluskan. Sebagai contoh Allah telah menetapkan berapa banyak makhluk yang hendak dijadikannya (qadar takdir), bila makhluk itu dilahirkan itulah perlaksanaan takdir itu (qadha). Allah telah selesaikan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum langit dicipta.

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah menulis takdir sekelian makhluk sebelum ia mencipta langit dan bumi selama 50,000 tahun. (Muslim)

Dikirim dalam Akidah, Iman. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: