Bersatu dan berpegang teguh dengan ajaran Islam

Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu padu. Dalam Islam, haram tidak bertegur sapa sesama Islam selama tiga hari (kerana bergaduh). Dari tidak bertegur sapa boleh membawa kepada perpecahan dan akhirnya umat Islam menjadi lemah. Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Kata pepatah asing “Kekuatan itu ada dalam kesatuan“.

Jangan berpecah-belah

Aali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai

Dalam hadis nabi ada disebut, “……..Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab“. (Riwayat Baihaqi)

Rapatkan Saf agar rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah).

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana ia akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bercerai roboh

Jangan bertengkar

Pada mulanya Rasulullah s.a.w. telah mendapat tahu dari Malaikat Jibril tentang bilakah malam Lailatulqadar, namun belum sempat Baginda hendak memberitahu sahabat, Baginda terlupa kerana melihat dua orang sahabat sedang bertengkar.

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))

Jangan berperang sesama Islam

Orang-orang Islam yang berperang sesama mereka (samada dibunuh atau membunuh) kedua-duanya masuk neraka….(dua-dua mengangkat senjata). Dari Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda :

Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Dalam hadith yang lain disebut, “tidak dikalangan kami orang yang mengangkat senjata sesama Islam“.

Berpegang teguh dengan ajaran Islam

Islam agama perdamaian, sebagai orang awam takutlah kepada Allah setakat kemampuan kita dan jauhi perpecahan.

Orang Islam menjadi hina kerana mereka tidak bersatu dan lari dari landasan agama Islam. Akhir zaman sememangnya susah untuk berpegang teguh kepada ajaran Islam, ia seperti memegang bara api, hendaklah dilepaskan ia jatuh, hendak dipegang takut terbakar.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api” (Riwayat Tirmidzi)

Walau apapun umat Islam hendaklah memperbaiki diri (amalannya) dan memperkuatkan kembali akidah (kepercayaan) yang agak “loose”. Dalam satu hadith disebut “Taatlah kepada Allah, nescaya manusia akan takut kepada kamu. Jika kamu derhaka, maka kafir akan menguasai kamu.

Anfal [24] Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Advertisements
Dikirim dalam Artikel. 3 Comments »

3 Respons to “Bersatu dan berpegang teguh dengan ajaran Islam”

  1. Kenapa Umat Islam Lemah « Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini kerana umatnya tidak bersatu. Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu padu. Kerajaan Islam di Andalusia […]

    • Jamaliah Says:

      Umat Islam berpecah belah kerana menjadikan hidup di dunia sebagai matlamat hidup. Sedangkan nikmat hidup sebenarnya adalah hidup yang kekal di syurga yang dijanjikan Allah. Rasullah bersabda Solat sunat dua rakaat sebelum subuh itu adalah lebih berharga dari Dunia dan isinya. Wallahuaallam.

  2. Umat Islam Perlu… | Nasbun Nurain Says:

    […] Islam lemah pada hari ini kerana umatnya tidak bersatu. Islam adalah agama perdamaian dan umat Islam mestilah bersatu padu. Kerajaan Islam di Andalusia […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: