Takutlah kepada Allah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al-Hajj [1] Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! …….

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu!

Takwa atau takut terbahagi kepada dua iaitu takut tabii dan takut keimanan.

Takut tabii ialah takut semulajadi (tabiat) seperti takut melihat benda jijik dan menggerunkankan – harimau, ular dan sebagainya. Seperti dalam kisah Nabi Musa:

Naml [10] Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila dia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu dia diseru): Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,

Takut dari segi keimanan pula hanyalah kepada Allah. Tidak boleh takut kepada benda lain yang boleh menjejaskan keimanan samada hantu, manusia atau sebagainyaTakut disini bukannya seperti takut kan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Ibu Ketaatan

Dalam satu hadith, “Takwa (takut) itu kepala (ibu) ketaatan”. Dalam hadith yang lain disebut ” Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan.” (Kitab Sunan Ibnu Majah)

Ganjaran takut

Bila takut pada Allah kita akan buat baik dan patuh (suruhan dan larangannya). Takut pada Allah diberi dua syurga:

Ar-Rahman [46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.

Pakaian takwa

Takwa itu luas “area”nya, meliputi segala yang fardu dan juga yang sunat. Untuk dapat takwa, asuhlah hati dan cari ilmu serta didikan. Ilmu ialah teori, didikan ialah praktikal. Didikan(ilmu yang diamalkan) penting dan boleh mengatasi ilmu. Setelah berilmu, amalkanlah dan pakailah pakaian yang melambangkan takwa:

Al-A’raf [26] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: