Thoma’ninah

Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. masuk masjid, lalu ada seorang lelaki datang ke masjid, kemudian dia bersembahyang. Setelah itu dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya dan bersabda: “Sembahyanglah semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersembahyang”. Lalu lelaki itu pun pergi bersembahyang sebagaimana yang dia lakukan tadi. Kemudian dia datang berjumpa Nabi s.a.w. dan memberi salam. Rasulullah menjawab salam dan bersabda: “Sembahyang semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersembahyang”. Lalu dia lakukan sehingga tiga kali. Akhirnya lelaki itu berkata: Demi Allah, hanya ini yang paling baik yang mampu aku lakukan. Ajarkanlah daku.

Baginda bersabda:“Bila kamu bangun untuk bersembahyang, maka sempurnakanlah wudhuk, kemudian hadapkanlah kiblat, kemudian kamu bertakbirlah. Bacalah apa sahaja yang kamu ingat daripada al-Qur’an , kemudian rukuklah sehingga tenang (thoma’ninah) dalam keadaan rukuk, kemudian bangunlah iktidal sehingga tenang berdiri (iktidal), kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah (untuk duduk) sehingga tenang duduk, kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah berdiri. Dan lakukanlah semua ini dalam setiap (rakaat) sembahyangmu”. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

Ulasan

Dalam mazhab Syafie dan Hambali, thoma’ninah adalah salah satu dari rukun sembahyang.

Dalam mazhab Hanafi dan Maliki, thoma’ninah adalah sunat dan bukannya rukun sembahyang. Ini kerana nabi tidak menyuruh lelaki itu mengulangi solatnya setelah diajarkan cara solat yang betul.

Hadith yang tidak diamalkan

Lelaki itu tidak mengamalkan hadith yang diriwayatkan. Apabila seorang perawi hadith tidak mengamalkannya maka ia bukanlah rukun atau wajib pada mazhab Hanafi. Namun mazhab Syafie tidak mengambil kira samada hadith itu diamalkan atau tidak oleh perawinya, selagi ia adalah hadith yang betul ia dikira rukun atau wajib.

Terdapat juga contoh yang lain misalnya dalam kes samak pakaian atau bekas yang terkena jilatan anjing. Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w;”Membersihkan bejana yang dijilat anjing, adalah dengan membasuhnya tujuh kali dan basuhan yang pertama dicampur dengan tanah.”. Walaubagaimanapun Abu Hurairah r.a. sendiri cuma membasuh sebanyak 3 kali dengan air biasa sahaja. Abu Hurairah r.a mengamalkan hadith yang mengatakan cuma perlu dibasuh dengan air biasa sahaja sebanyak 3 kali. Mungkin hadith samak 7 kali sudah dibatalkan oleh hadith yang lain. Kerana itu dalam mazhab Hanafi hukum samak adalah sunat manakala dalam mazhab Syafie ia adalah wajib.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: