Hari yang tiada jurubahasa

“Tidak ada seorang dari kamu melainkan semuanya akan bercakap dengan tuhannya secara langsung dan tidak ada juru bahasa atau penterjemah. Kemudian ia melihat ke kanan, tiada terlihat kecuali amal (kebaikan) yang pernah diperbuatnya. Ia melihat ke kiri tiada terlihat kecuali amal (kejahatan) yang pernah diperbuatnya; dan ia melihat ke hadapan, tiada yang terlihat kecuali api yang tepat di depan mukanya. Maka takutlah dengan siksa api neraka walaupun sekadar sebelah biji kurma” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hari itu ialah:

Al-Mutaffifien[6] Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam.

Pada hari itu matahari berada sebatu di atas kepala. Semua berlutut di atas dua kaki.

Jathiya [28] Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan);….

Disana manusia bercakap secara ‘direct’ dengan Allah, tanpa ada penterjemah dan semua orang faham soalan dari Allah. Di hari itu (hari Kiamat) setiap manusia ditanya 2 soalan “Apa kamu buat” (apa pekerjaan kamu) dan “apa kamu bawa”? Mereka yang ditanya secara ‘detail’ semasa hisab biasanya dimasukkan ke dalam neraka. Siti Aisyah r.a. pernah bertanya Rasulullah saw “kalau begitu mengapa ramai juga yang masuk syurga”. Jawab Baginda “Orang soleh cuma ditanya sedikit sahaja dan soalan yang mudah-mudah sahaja”. (Allah tanya secara lebih kurang sahaja)

Sebelah kanan kebajikan, sebelah kiri kejahatan

Pahala amalan ibadat yang dilakukan di dunia dan dikirim ke akhirat tidak akan hilang, akan kita dapati bila berada di sana.:

“Dan dirikan sembahyang (yang difardhukan) dan keluarkan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang telah kamu kehadapankan (sebelum kamu mati) tetap kamu dapatinya di sisi Allah S.W.T. sesungguhnya Allah S.W.T. tetap melihat apa (sahaja) yang kamu kerjakan.” .[Al-Baqarah 110]

Allah mengetahui segala amalan yang dilakukan semasa kita berada di dunia, walaupun sekadar jelingan atau kerlingan mata. Siapa yang bertaubat pula akan dihapuskan catatan kejahatan dari buku rekodnya:

Baqarah [270] Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani

Takutlah siksa api neraka

Neraka terletak di dasar bumi yang ke tujuh. Nereka itu umpama lubang perigi yang panas, ada 70 gunung berapi dan asapnya pula hitam. Neraka Jahanam dijadikan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. yang kafir dan juga orang Islam yang hidup secara kafir.

Al-Waqiah [43] Serta naungan dari asap hitam,

Neraka pula sangat geram melihat orang-orang kafir :-

Furqan [12] Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

Al-Mulk [7] Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak

Al-Mulk [8] Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?

Advertisements
Dikirim dalam Hadith, Kiamat. 2 Comments »

2 Respons to “Hari yang tiada jurubahasa”

  1. awanaaasha Says:

    Assalamualaikum ustaz,

    ada seseorg yang bukan islam brtny kpd sy kenapa Allah tidak turunkan Nabi Muhammad SAW pd hr kiamat untuk membela umat islam kenapa Allah SWT turunkan Nabi Isa A.S. sedangkan umat akhir zaman adalah umat Nabi Muhammad SAW.?

    Boleh ustaz beri penjelasannya..wassalam.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Nabi Isa pernah memohon kepada Allah SWT untuk menjadi umat Nabi Muhammad (setelah mendengar tentang kelebihan umat Muhammad).

      Allah makbulkan permintaannya dan Baginda diwafatkan iaitu ditamatkan perkhidmatannya sebagai seorang rasul dan diangkat ke langit. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya.

      Diakhir zaman, Baginda turun sebagai umat Nabi Muhammad.

      Nabi Muhammmad adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired dan untuk semua bangsa. Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis. Diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: