Syurga

Syurga (Jannah)

Perkataan “Jannah” terhasil dari huruf Jim dan Nun, apabila keduanya bertemu ia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi. Syurga ialah sesuatu yang tidak nampak dipandang dengan mata.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia.

Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa ingin melihat kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Setiap ahli syurga mendapat satu rumah yang luasnya paling kurang 3 buah negara. Ini syurga yang paling “koman” (rendah). Di dalam syurga semua manusia duduk berhadapan diantara satu sama lain. Tidak ada yang membelakangi seperti binaan rumah di dunia sekarang. Itulah canggihnya arkitek Allah. Ilmu arkitek yang diberi kepada manusia disini hanya sedikit sahaja dari ilmu yang asli.

Syurga itu juga bertingkat-tingkat. Syurga yang paling atas adalah yang paling special seperti ‘penthouse’ iaitu Syurga Firdaus (yang tertinggi). Rasulullah s.a.w bersabda ” mintalah syurga firdaus”. Ada 8 syurga, 120 tingkat, 3/4 tingkat adalah milik umat Nabi Muhammad s.a.w. (3/4 dari 120 = 90 tingkat).

Isteri-isteri yang suci bersih

Setiap ahli syurga (orang biasa) mendapat 12 isteri (2 dari kalangan perempuan dari dunia, 10 dari kalangan bidadari). Manakala para syuhada (orang yang mati syahid) mendapat 72 isteri.

Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah SAW bersabda:”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Bukhari)

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Bidadari dijadikan dari za’faran, (sejenis herba yang berbau wangi, yang biasanya dimasukkan dalam nasi beriyani atau dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat quran). Mereka sudah siap sedia menunggu kedatangan suami mereka (tertulis nama suami di kalung yang mereka pakai).

Tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Syurga itu tidak panas dan tidak sejuk:

  • Al-Insan [13] Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;

Di syurga terdapat pohon kayu dan suasananya hijau. Pokok kayu itu ada yang tinggi dan ada yang rendah. Pohonnya boleh melentur bagi memudahkan ahlinya makan:

  • Al-Insan [14] Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Makanan ahli syurga

Didalam syurga diberi makan buah dan daging seperti ikan, lembu dan burung.

At-Tur [22] Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

Di dalam hadis ada dinyatakan, Allah sendiri melayan makan dan minum ahli syurga, dan bertanya khabar, “Apa khabar kamu wahai ahli syurga?” Begitulah istimewanya layanan Allah kepada ahli syurga.

Fizikal ahli syurga

Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.

Pakaian ahli syurga

Di Syurga memakai sutera (harir)

Al-Insan [21] Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Dalam syurga juga ada ulama.

Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah. Setiap hari Jumaat diadakan satu majlis bersama Allah. Allah kekalkan status ulama disana. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal. Ketua orang mukmin yang mati semasa muda ialah Hassan dan Hussin. Ketua bagi mukmin yang mati semasa tua ialah Sayyidina Abu Bakar. Di dalam satu hadis:-

Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka “Mintalah kepadaku apa yang kamu kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama lalu berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaimana mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Dikirim dalam Syurga. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: