Bolehkan perempuan bekerja?

Sekiranya perempuan itu telah berkahwin, hendaklah dia meminta izin dari suaminya dan hendaklah dia menutup auratnya.

Tutup aurat itu terdiri dari dua perkara iaitu menutup kulit badan dan menutup bentuk badan (susuk badan). Pakai baju yang longgar-longgar supaya tidak nampak bentuk badan. Ini kerana pakaian yang ketat boleh menarik perhatian orang. Selain itu pakaian yang jarang menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Harus bagi perempuan keluar bekerja sekiranya suaminya kurang bertanggungjawab atau malas bekerja.

Disamping itu hendaklah perempuan yang keluar bekerja itu menjaga lenggang-lenggok perjalanannya agar tidak menghairahkan kaum lelaki yang lemah imannya dan nafsunya cepat “hidup” (terangsang):

An-Nur [31]…..dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ….

Dikirim dalam Kemusykilan. 3 Comments »

3 Respons to “Bolehkan perempuan bekerja?”

  1. kamil Says:

    SALAM

    tidakkah ust melihat bahawasanya dgn menggalakkan perempuan bekerja mendatangkan byk keburukan dari kebaikan..

    bolehkah ustaz terangkan bagaimana perempuan boleh bekerja dalamsituasi zaman sekarang

    zaman Rasulullah, Nabi pernah melarang seorg sahabat utk pergi berjihad supaya menemani isterinya sebagai mahram utk mengerjakan Haji, bagaimana pula perempuan zaman sekarang dibolehkan utk pergi bkerja sedangkan keluar rumah tanpa mahram dan berhubungan dgn lelaki ajnabi

    saya pernah mendengar seorg ustaz berceramah dan mengatakan nabi pernah bersabda lebih kurang maksudnya bahawasanya perempuan adalah aurat..apabila mereka keluar dr rumah maka syaitan akan mengoda mereka sehingga berlaku maksiat

    boleh minta ustaz komen sedikit

    • sulaiman Says:

      Salam, bagi pihak ustaz..

      Dalam satu hadith disebut, “Syaitan menunggu-nunggu bila perempuan hendak keluar dari rumahnya”. Apabila perempuan berjalan keluar, dua syaitan meng”eksploitasi”nya, satu syaitan menghiasi depan dan satu lagi menghiasi belakangnya. Syaitan mengguna-pakai perempuan untuk mempesona para lelaki di luar rumahnya.

      Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).

      Ustaz tidaklah menggalakkan perempuan bekerja, cuma mengingatkan supaya perempuan yg keluar bekerja menutup aurat dan menjaga pergaulan di tempat kerja.

      Memanglah sebaiknya mereka tinggal di rumah untuk mengelakkan keburukan. Namun zaman sekarang perkara ini sudah menjadi satu kebiasaan.

      Perempuan boleh bekerja sekiranya suami mereka tidak bertanggungjawab dan tidak memberi nafkah. Suami hanya perlu keluar bekerja untuk mencari nafkah dan bukannya mencari kekayaan.

      Selain itu, misalnya mereka mempunyai kelulusan dalam bidang pekerjaan yang memerlukan sumbangan mereka misalnya jururawat, guru, doktor pakar sakit puan. Namun syaratnya mereka hendaklah menjaga aurat dan batas-batas pergaulan dengan bukan mahram dan lelaki ajnabi. Bercakaplah perkara-perkara yang perlu sahaja.

  2. wardah Says:

    assalam ustaz.. saya sendiri wanita yg berkerja. sy berkerja sbg guru. Sy bercita2 mahu bersara awal atau berhenti saja. Selama 11 tahun dlm dunia pekerjaan dan pengalaman sdri, saya sgt akui mmg benar kata2 nabi kita ttg wanita…mmg ada kebaikan wanita bekerja iaitu ekonomi makin berkembang ttp bg saya keburukannya lbh bnykkk…saya dpt simpulkan disini:
    1. perempuan sgt suke berhias. walau setinggi manapun ilmu agama mereka, mrk ttp suke berhias dan mahu kelihatan cantik dipandang org lain terutama lelaki
    2. wanita sgt emosi. jika mrk menjadi ketua di jabtan, mrk sgt memberi tekanan pd org bawahannya
    3. wanita cepat stress
    4. wanita terlau suka perhiasan dan suka membeli barang2 sehingga menjadi boros
    5. wanita yg berkerja sgt sedikit yg menyusukan anak. lantaran kesibukan kerja, mereka mengabaikan penyusuan bayi sdgkan penyusuan bayi ialah tuntutan kpd wanita (albaqarah 233) malah ada 8 ayat dlm alquran yg menceritakan ttg penyusuan dan peri pentingnya… hingga saya dapati ramai anak2 kecil skrg yg mudah jatuh sakit krn lemah sistem imun akibat disogok dgn susu formula atau susu industri atau susu kilang ciptaan barat.
    6. pergaulan dgn lelaki lbh luas malah ada lelaki mudah rambang mata melihat wanita diluar
    7. anak2 tdk lg kerap memakan masakan ibu ttpi masakan kedai dan ramai yg mula obes

    dan bnyk lggg… tak dpat saya nyatakan disini…


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: