Tidak diterima haji duit haram

Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …

Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji adalah dari sumber yang halal. Dalam hadith disebut “Siapa buat haji dengan duit yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur. Dalam hadith yang lain, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika ada hutang, selesaikan atau minta izin pemberi hutang dahulu atau cari “guarantor” yang boleh menyelesaikan hutang jika berlaku sesuatu. Hutang itu hak manusia, haji hak Allah jika ada kemampuan dari segi kewangan yang melebihi keperluan. Sempurnakan dulu hak manusia dan keluarkan zakat simpanan dari duit yang disimpan

Harta yang haram tidak boleh disuburkan, ia perlu dihabiskan. Boleh beri harta haram kepada orang lain (selain anak atau bapa) atau BaitulMal kerana apabila berubah tangan maka berubah hukum:-

Dari Anas bin Malik r.a. katanya “Barirah menghadiahkan daging kepada Rasulullah s.a.w yang disedekahkan kepada Barirah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: Untuk Barirah daging itu sedekah, tetapi untuk kita hadiah dari Barirah. (Hadis Sahih Muslim)

Advertisements
Dikirim dalam Haji. Leave a Comment »

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: