Syarat Untuk Para Isteri Masuk Syurga

Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke sy urga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah, beliau berkata kepada Ali r.a.,“Engkau berkewajiban bekerja dan berusaha sedangkan dia berkewajiban mengurus rumah tangga.

Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya. Tugas-tugas seperti kerja rumah tidaklah wajib dan jika suami berkemampuan bolehlah mengupah orang gaji atau bibik atau tukang masak. Jika tidak mampu, maka perlulah ada kerjasama diantara suami isteri.

Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya apabila suaminya berhajat kepadanya. Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, 

Kerana itu Allah redha dengan seorang isteri apabila suaminya redha dengannya. Sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam); “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Isteri yang menolak ajakan suaminya dimurkai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke Subuh.

Selain itu tidak diterima amalan seorang isteri yang membuat suaminya marah dan juga hamba abdi yang lari dari tuannya. Dalam sebuah hadith ada dinyatakan :

Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun melepasi kepalanya iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan sembahyang seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya .

Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”..

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Syarat Untuk Para Isteri Masuk Syurga”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: