Nafsu tarikan ke neraka, penghalang ke syurga

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :“ Seketika setelah menciptakan syurga dan neraka, Allah SWT mengutus Malaikat Jibril “ Lihatlah kepada syurga dan juga lihatlah apa yang aku sediakan untuk penghuni surga”. Maka Jibril pun datang menuju syurga dan melihat terhadap apa yang telah Allah SWT sediakan untuk calon penghuninya. Nabi melanjutkan sabdanya, kemudian Jibril menghadap Allah SWT “ Demi kemuliaanmu Ya Allah, tak ada seorang pun yang mendengar syurga kecuali pasti ingin masuk ke dalamnya”

Setelah mendengar laporan Malaikat Jibril demikian maka Allah memerintahkan agar syurga dipagari dengan kebencian / hal-hal yang tidak menyenangkan nafsu.

Allah SWT berfirman “ kembalilah menuju syurga dan lihatlah apa yang Aku sediakan di dalam syurga untuk calon penghuni”. Jibril kemudian kembali ke syurga maka ketika itu syurga sudah betul-betul dipagari dengan kebencian, Jibril kembali menghadap Allah SWT “Demi kemuliaaanmu sungguh aku khuatir tak ada seorang pun yang mampu masuk syurga.

Kemudian Allah SWT berfirman” Pergilah ke neraka dan lihatlah apa yang Aku sediakan di dalamnya untuk penghuninya” Jibril berangkat menuju neraka, ketika itu api menyala sebahagian dengan sebahagian yang lain saling berkobar menjilat / membumbung tinggi.Jibril Menghadap Allah SWT “ Demi kemuliaanmu tidak seorang pun yang mendengar neraka kemudian dia ingin memasukinya”

Kerana keadaan neraka seperti itu Allah SWT memerintah agar neraka dipagari dengan kesenangan / hal-hal yang memancing hawa nafsu, menggiurkan.

Kembalilah menuju ke neraka” . Setelah Jibril menuju ke neraka untuk melihatnya maka kemudian kembali mengadap Allah SWT “ Demi kemuliaamu sungguh saya khuatir bahawa tidak ada seorang pun yang boleh selamat dari neraka” (Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: