Ajar anak 3 perkara

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: Cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di bawah naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan hamba-hambanya yang terpilih.(Hadith Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJH)

1) Cinta kepada nabi

Rasulullah saw sangat menyayangi umatnya.

At-Taubah [128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi.

Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.

2) Cinta kepada keluarga Baginda

Sayangilah zuriat keturunan Rasulullah saw daripada isteri-isterinya, keturunan Baginda daripada cucunya Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin, anak kepada Siti Fatimah r.a. dan Sayyidina Ali KRMWJH dan sahabat-sahabatnya yang dianggap seperti keluarganya sendiri seperti Abdullah Bin Masud.

3) Membaca quran

Buatlah program harian untuk membaca al-Quran.

Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.

Dari Al Barra bin Azib RA, “ Ada seorang membaca surat Al Kahfi sedang tidak jauh dari tempatnya, ada kuda yang terikat dengan tali kanan kiri, tiba-tiba orang itu diliputi oleh cahaya yang selalu mendekat kepadanya, sedang kuda itu lari ketakutan. Dan pada pagi hari ia datang memberi tahu kejadian itu kepada nabi SAW, maka bersabda nabi SAW, ”Itulah ketenangan (rahmat) yang telah turun untuk bacaan Al-Qur’an itu.”(HR Bukhori dan Muslim).

Dikirim dalam Hadith. 1 Comment »

Satu Respons to “Ajar anak 3 perkara”

  1. shafifah Says:

    MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU

    Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
    Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress. com


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: